Monday, August 13, 2012

Penyusuan Susu Ibu dan Persediaan Semasa Hari Raya.

The Big Latch On By Northern Region Mom's
24 weeks pregnant while breastfeeding 20 months old Aqilah Irdina

Hari ini Irdina sudah setahun 8 bulan, masih menyusu dan tahu memilih susu apa yang sedap ditekak dan sihat diperutnya..hahaha.

InsyaAllah lagi seminggu kita semua akan berhari raya.
bagi ibu menyusu akan ada cuti panjang.
terfikir sama ada perlu memerah atau tidak semasa bayi bersama.
di sini Zah sharekan status seorang teman di facebook.
Antara tips untuk mengekalkan susu semasa bercuti.

*********************************************************************************


Saya copy status dari kak Nik Ha :
dah rasa kemeriahan nak berhari raya di kampung? ^__^
Tip maintain susu dikala cuti pjg:
1. Rajin2 lah mengepam juga sebab ada kes bila mula keje susu drop, kes cik B nak adjust dgn suction pam, macam mula2 peli pam ;) Dapat sikit pun ok.
Of course direct feed is the best utk stimulation tapi kalau stok sikit, kena back up juga
2. Jaga makan minum agar tak teram
bil yg boleh effect pengeluaran susu
dan komen dari Dr. Faridah Idris :
Betul...terbaik adalah jangan abaikan penyusuan untuk melebihkan pemerahan. Beberapa cadangan.
1. memerah selepas sejam bayi menyusu. Walaupun kuantiti tidak banyak tetapi akan memberi kesan pengeluaran susu yang lebih, dalam jangka masa panjang.
2. Memerah sambil menyusu terutama untuk bayi yang masih belum aktif memandang dan menarik pam.
3.Makan dan minum secukupnya.
4. Yang terpenting adalah - BE HAPPY!..YOU ARE A BREASTFEEDING MOM, THE MOST NOBLE JOB IN THE WORLD.

*********************************************************************************





Zah juga mahu kongsikan tips untuk anda ibu menyusu semasa hari raya nanti.





  • Susukanlah bayi kita tanpa jadual, kerapkan sesi penyusuan secara terus kerana insyaAllah sebaik sahaja anda kembali bekerja anda akan dapat lihat hasil limpahan susu - seminggu otak diberikan signal mahu lebih makanya susu juga akan meningkat insyaAllah.
  • Jika mahu menambah sesi perahan selepas menyusu juga sangat membantu, tidak kira berapa kuantiti yang diperolehi - syarat menambah permintaan sudah ada.
  • Penat berhari raya dan menziarah sanak saudara bukan satu alasan untuk tidak bangun tengah malam untuk memerah :p, set jam sekiranya takut terjaga - Zah amalkan bangun jam 12.00 mlm dan 3 pagi sehingga Irdina genap 6 bulan bagi mengekalkan momentum susu perahan.
  • Makan makanan yang sihat, minum air yang mencukupi serta rehat yang mencukupi.
  • Usah malu menyusukan anak di khalayak umum, pakai pakaian yang menutup aurat dan longgar serta bantuan tudung yang labuh menutup dada atau nursing cover. Makanya tiada bottle feeding dan direct feeding lebih mudah.
  • Tak perlu pening nak panaskan ebm, nak bawa air panas bagai..susukan je anak kita dimana sahaja mereka mahu. 

Alhamdulillah, kak ngah masih menyusu susu bondanya.

Salam Kasih,
Izzah

2 comments:

Zuhaini said...

Alhamdulillah...

kak ngah berapa umur dah tu ya..?

Zuhaini
My-Alia.com

izzah azfar said...

kak zuhaini : sudah setahun 8 bulan

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics