Tuesday, August 14, 2012

Buah Hati saya dan suami : Akmal dan Aqilah

Kak Ngah pinjam kopiah abang long...huhuhu gambar pagi tadi :p

Kak Ngah, yang manja...huhuhu pagi ni dia jaga awal..gara-gara zah bangun nak masak...so since jam 4.30 pagi dia dah jaga, sambil masak sambil sembang dengan kak ngah..

Sepanjang berpuasa ni, baru kali kedua Kak Ngah Irdina bangun teman bonda...hehehe ok jugak dia bangun sebab masa dengan anak-anak sangat terhad. Kadang-kadang lepas buka puasa sahaja anak-anak dah tidur...Alhamdulillah anak-anak ni memang buah hati pengarang jantung kami suami isteri. 

Kak Ngah ni mulut dia macam bertih jagung juga..cakap dia ada yang dah jelas.. kalau tanya dalam perut ni adik apa dia akan jawap 'baby gugurl'...hahaha comel. Kak Ngah memang lasak...emm maybe persekitaran dia kebanyakan budak lelaki, sebab tu bila pregnant lagi, zah berdoa dapat bagi kawan ngan kak ngah ni..hahaha entahla tak nampak lagi, tunggu je adik dia lahir..orang dapur ke orang bengkel :p


Abang long even anak sulung, dia lagi manja dari kak ngah...kadang-kadang manja dia tu boleh buat bonda hijau..hahahha tp dia pandai, boleh dah tolong bonda buka Cloth Diaper kak ngah dan ajak kak ngah mandi, 

Abang long ni suka ke surau...kebetulan pengasuh akmal rajin bawa akmal ke surau..alhamdulillah, tertib solat tu dah pandai, dah pandai aminkan doa, solat tu dah boleh ikut sampai habis...pernah sekali dia nak solat tp agaknya mengantuk sangat..sambil sujud dia lena..hahaha baru rakaat kedua masa tu :)

Persiapan raya budak-budak ni dah selesai alhamdulillah, wah sakan juga budak-budak ni...sebabnya Zah ni bukan jenis tiap2 bulan shopping...seronok anak-anak bila test baju raya masing..wah tahun depan ada lagi sorang..bertambahlah bajet raya bonda ni :)

Akmal dah berjaya potty training, Irdina dah mula sikit-sikit...insyaAllah cuti pantang ni nak ajar dia betul-betul...

Sayang anak-anak sangat-sangat :p




No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics