Wednesday, August 01, 2012

Breastfeeding : Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia - 20 bulan menyusukan Irdina



Alhamdulillah, dengan izin-NYA, hari ini satu dunia meraikan setiap ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu :)

Sesuai dengan tema tahun ini, 'Understanding The Past - Planning The Future' - membuatkan hati Zah sebagai ibu sangat terkesan.

Kalian,

Tahniah untuk semua ibu-ibu yang berusaha menyusukan anak-anak permata hati dengan susu ibu. Tempoh penyusuan bukanlah satu kejayaan kepada kita tetapi berapa banyak usaha, air mata dan doa yang kita keluarkan semasa journey penyusuan tersebut.

Zah sudah pernah lalui zaman air mata, usaha 24 jam tanpa henti untuk memberikan yang terbaik kepada anak sulung mengajar Zah untuk lebih kental bagi anak-anak Zah dan suami yang seterusnya.

Jangan tanya dari mana kekuatan itu datang, tapi berkat dorongan suami, keperluan anak...dari Akmal berusia sehari sehinggalah dia betul-betul berhenti menyusu susu ibu pada usianya 3 tahun. Ketika itu Akmal berkongsi susu ibu dengan adiknya Irdina.

Jangan tanya kenapa Zah sanggup berusaha sebegitu, ia merupakan satu kepuasan apabila melihat anak kenyang dan tidur lena dengan susu kita sendiri. Satu kegembiraan bila anak tahu membezakan susu bondanya dengan susu lain. Malahan Irdina anak kedua Zah tahu membezakan medium pemberian susu itu sendiri.


Alhamdulillah, Irdina akan berusia Setahun 8 bulan pada 4 Ogos 2012 ini. Bermakna sudah 20 bulan Irdina membesar dengan susu ibu. Namun demikian, sejak dia berumur  6 bulan ke atas, Zah sudah ajar pengasuh untuk tidak memberikan susu ibu semata-mata, Zah bekalkan irdina dengan makanan-makanan pejal untuk memastikan diet tumbesarannya mencukupi.  Alhamdulillah, ketidakbergantungan kepada susu ibu semata-mata buatkan Irdina sehingga ke hari ini tidak mengalami masalah kekurang susu perahan.

Irdina juga di ajar untuk minum susu 3-4 oz sahaja untuk sekali penyusuan. Dengan mengira waktu 7 pagi-7 malam ditinggalkan dia dibekalkan dengan susu yang mencukupi. Alhamdulillah, teori yang Zah gunakan ini sangat berjaya. Irdina memang membesar dengan berat badan yang secukupnya :) - 


Bukankah satu kepuasan apabila melihat anak lena selepas menyusu susu bondanya :) - bonding yakni ikatan antara kami sangat luar biasa...Sebab itu Zah sangat-sangat sarankan dan cadangkan setiap ibu berusaha untuk menyusukan zuriat kita. Usah cerita kepada khasiat susu ibu sahaja yang tiada tandingan dengan susu lain, tapi lihatlah kekuatan disebalik itu. Anda akan rasainya sendiri.

Namun, buat ibu-ibu yang tidak memberikan susu ibu kepada anak anda, usah berkecil hati. Zah pasti setiap ibu telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik. InsyaAllah untuk anak-anak yang seterusnya, berusahalah untuk menyusukan mereka ya :)....Berdoa dan berusaha yakni belajar dengan betul untuk pastikan kita boleh menyusukan anak-anak ini kelak. Jangan gusar dengan pengalaman lalu kerana setiap anak itu berbeza pengalamannya :)

Salam Kasih,
Izzah.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics