Thursday, August 09, 2012

Aqilah Irdina : Buah Hati Saya

 Eh nak cerita pasal Irdina nape gambar bonda terselit ni :)
Ni Zah dengan tuan punya Mom's Little One Penang
Kak Shida yang sudi sponsor kedai dia untuk acara
The Big Latch On By Northern Region Mom's minggu lepas.

Ok rini nak cerita pasal buah hati saya dan suami
Nurul Aqilah Irdina yang berusia Setahun 8 bulan dan bakal jadi kakak Disember ni...
Zah jarang bawa Irdina ke mana-mana secara sendiri..
Sebab Irdina memang dari kecil Zah tak ajar duduk dalam car seat
Makanya bila dia dah besar dan berakal sikit
Zah tawakal bawa naik keta dia ni..
Perjalanan dari rumah amik masa 45 minit
Sepanjang perjalanan Zah ajak Aqilah mengira, menyanyi bagi dia 
main ngan patung...laptop mini..

 Masa sampai, dia baik je...hehehe
belum dapat kawan...kira bila Zah suruh duduk
dia duduk...dengar cakaplah juga.

 tapi syukur masa nak buat penyusuan serentak tu Irdina ikut je
sebab ada beberapa todler yang dah mula nak main bila nampak ball ni
so, lepas je acara penyusuan serentak
Zah izinkan Irdina main ball dengan kawan-kawan baru dia.

 Bagusnya bila ada perjumpaan kumpulan sokongan ini
Anak-anakpun dapat tingkat skill sosial dia
tambah pula bila anak-anak Zah tak duduk taska
jadinya kat tempat macam ni la dia boleh tambah kawan :)

 masa ni dia dah penat...hehehe kesian gak
dah merengek nak susu
zah saja tak bagi sebab takut dia terlena kang dalam keta dia takmo tido la
kononnya misi masa balik adalah Irdina perlu tidur.
tapi non hado, habis susu sebotol
vitagen dua botol...
mulut dia riuh sembang..

 oh ye...ni dia tyengah berebut nak duduk atas kerusi ke tangga dengan abang adam
comel je budak-budak ni
tapi aqilah tetap tegar untuk tidak berkongsi :)

 lepas tu dia jumpa patung ni
apa lagi kelek sampai habis...
suka dia..

dah boleh dah jadi kakakkan?

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics