Tuesday, August 07, 2012

Alhamdulillah : The Big Latch On By Northern Region Mom's

Hanya satu perkataan terucap 
Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada
Puan Norashida Abd Rahman, IBCLC selaku tuan punya 
Mom's Little One Pulau Pinang 
yang sudi menyumbangkan outlet beliau untuk acara peringkat dunia ini :)


Benar kita hanya merancang, dan pada hari tersebut
bersamaan 4 Ogos 2012
Allah telah permudahkan kami barisan
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC)
menganjurkan majlis ini..


dan rekod telah tercipta :)

 Surat dari Penganjur - The Big Latch On

Acara dimulakan tepat jam 10.30 pagi
Zah adalah salah seorang yang menyertainya
I'm wearing pink 

 Daripada 10 orang ibu yang hadir awal bersama bayi
hanya 7 orang ibu yang berjaya latch on sekurang-kurangnya 1 minit
iaitu 10.31 pagi waktu Malaysia :)

Cabaran menyusukan bayi bawah setahun dan selepas setahun adalah berbeza
Alhamdulillah, Irdina bekerjasama masa tu...
walaupun ada hati nak main ngan kawan-kawan yang lain :)

 Breastfeeding @ 24 week pregnancy 
dan Irdina berusia 20 bulan..
Subhanallah dan alhamdulillah...:)

My Breastfeeding partner - 
Kak Ngah masih SUKA susu bonda
walau dari pembacaan Zah struktur rasa
susu ibu itu akan berubah semasa mengandung..
Hanya Allah yang tahu rencana-Nya. 

Antara ibu-ibu yang menyertai The Big Latch On by Northern Region Mom's 

Seterusnya acara diteruskan oleh wakil dari WABA
yang mana merupakan saksi kepada semua ibu yang menyusu pada hari tersebut.

Wakil WABA memberi penerangan mengenai peranan WABA yang
menyokong penyusuan susu ibu serata dunia :)


Diikuti dengan Ceramah dari Puan Norashida Abd Rahman, IBCLC
iaitu mengenai Penyusuan di Tempat Awam - Keyakinan dan Penerimaan.

 Dan inilah ibu-ibu yang hadir pada hari itu..
Alhamdulillah...Zah sendiri tak sangka ramai yang sudia hadir :)
Terima Kasih Kalian..



InsyaAllah, jika diizinkan-Nya
Zah bersama rakan-rakan MBFPC lain akan 
menganjurkannya sekali lagi tahun hadapan.

Mahu jadikan Penyusuan Susu Ibu satu yang BIASA dan PILIHAN UTAMA
semua ibu.

Terima Kasih sekali lagi ya!


Salam Kasih
Izzah
Certified Lactation Counselor
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics