Kawan-kawan saya

Tuesday, July 17, 2012

Tips Berpuasa : Hamil dan Penyusuan Susu Ibu.

InsyaAllah tak lama lagi kita semua akan menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan tu :)

InsyaAllah, dengan izin DIA juga Zah akan berpuasa sambil menyusukan Aqilah Irdina dan mengandung pula. Pengalaman tahun 2008, 2009,2010, dan 2011 banyak mengajar Zah menjadi lebih relaks kali ini..hehehe selain mahu mendapat keberkatan berpuasa, Zah juga berdoa agar puasa Zah penuh juga tahun ini seperti tahun-tahun sudah.

Bila berpuasa, adalah satu yang biasa sekiranya ibu hadapi masalah dengan pengeluaran susu ibu semasa memerah. Namun demikian, usahlah kita risau tetapi gantikan kerisauan tersebut dengan hadapi bulan puasa dengan tenang dan buat macam hari-hari yang biasa kita lalui sebelum ini.

Semasa berpuasa juga ibu akan rasa lapar dan dahaga, jadi apa yang ibu boleh buat adalah pastikan tidak meninggalkan sahur setiap hari.


Kenapa Zah kata sahur itu penting?, sebab dengan bersahur selain dapat pahala berlipat ganda kerana mengikut amalan Rasulullah SAW, ( Rujuk link ini : mengenai Sahur di bulan Ramadhan), ibu juga boleh menyediakan tenaga untuk membantu menghasilkan susu buat bayi. Zah akui ada yang mengeluh sedikit letih, bersabarlah dan sentiasa tabah. InsyaAllah ada balasan besar dari Allah SWT untuk ibu yang berkorban membesarkan anak-anak dengan susu sendiri ni. Sama ada kita sedar atau tidak.

Apa yang perlu dimakan semasa bersahur? Macam Zah, selain nasi Zah akan makan 3 biji kurma atau lebih, oat dan juga air masak...kalau nasi tu tak lalu nak hadap, Zah akan gantikan dengan roti atau makanan yang sedikit berat tapi dalam kuantiti yang ala kadar sahaja. Zah juga lewatkan waktu bersahur, iaitu diantara jam 5.00 pagi sehingga sebelum solat subuh.

Semasa berbuka puasa pula, Zah memang akan minum soya dan makan makanan yang berupa nasi juga..tekak ni memang dari kecil dah biasa makan nasi semasa berbuka. Selain itu, Zah akan makan selepas isyak juga, pun makan ala kadar...mean kalau tak puasa Zah akan makan 3 kali sehari, masa berpuasa pun macam tu cuma Zah tukar waktu makan sahaja. Pastikan air masak yang diminum mencukupi dan memandai sahaja. Jangan paksa diri untuk minum bergelen-gelen air pula..hehehe 

Okey, selesai pasal sahur dan berbuka...Untuk jadual memerah susu pula, biasanya Zah akan tetap dengan jadual yang sama even tak puasa. Cuma Zah akan kurangkan waktu memerah tu, Zah hanya akan memerah untuk pastikan konsep 'supply n demand' tu ada. Maksudnya Zah akan perah 10 minit sahaja berbanding kebiasaannya 20 minit untuk sekali perah.

Susu Perahan Bulan Puasa 2011

Bermakna, sesi memerah 3 kali sehari semasa berkerja adalah tetap dan tidak dihentikan. Semasa hujung minggu pula Zah akan perah awal pagi selepas bersahur dan meneruskan penyusuan secara terus dengan Irdina. Semasa berpuasa tahun lepas, Zah langsung tiada mengambil apa-apa suplement untuk maintainkan susu kerana Zah sangat percaya dengan keajaiban 'supply n demand', cadangan Zah usah terlalu risau wahai ibu hebat...teruskan penyusuan seperti biasa dan bersabar. :)



Salam Ramdahan,
Izzah
Certified Lactation Counselor
izzahazfar@gmail.com

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics