Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan 1433H bagi ibu mengandung dan cerita anak-anak

Alhamdulillah, hari ini sudah Ramadhan ke 5 1433H kita semua umat Islam berpuasa, Zah dan suami juga tidak ketinggalan malahan anak sulung kami yang berusia 3 tahun juga sudah mula praktis berpuasa pada hari pertama dan kedua yang lepas. Cuma dirumah pengasuh sahaja mungkin dia tak praktis..banyak dugaan rasanya..hehehe

Syukur sebab Ramadhan kali ini Zah lalui disamping ada permata hati yang dikandung dalam badan ni..awalnya risau juga sebab takut penat or lembik je..tp alhamdulillah so far ok lagi :p, harapnya lagi 25 hari ni bertahanlah ye.

22 weeks pregnant ;p

Berpuasa  kali ni jadi mencabar sikit bila hujung minggu sahajala, sebabnya Irdina macam biasa masih menyusu dan kadang-kadang boleh tahan gak lamanya..tp kalau dah hujung minggu, menyusu lama-lama Zah pun rehat sekali ngan dia..sambil menyusu sambil tido :p, malam pula Irdina biasanya melekap lama sikit masa nak tidur sahaja, dia dah jarang terjaga nak menyusu malam-malam..



Makan berbuka dan bersahurpun biasa-biasa sahaja tak lebih tak kurang, rasanya bulan ni memang tak naik banyak beratnya sebab last 2 weeks punya timbangan tak berubah :) - oh lega, janji baby adik dalam perut tu membesar dengan juara dahla.


Ni abang long tengah praktis nak puasa..masa hari 1st tu...dia bangun pagi dekat jam 10.00 dah..mandi siap semua zah nak hidang makan sekali ngan adik dia...dia pun ajak ayah dan Zah makan sama, tp bila zah terangkan yang kami berpuasa dan tidak boleh makan sampai magrib, dia pun kata..ok Akmalpun nak puasa..huhuhu.. so susu pun tak minum sampai jam 5.00 petang, Zah yang kesian tengok dia dah lembik..offer dia minum air sikit...minumlah seteguk..pastu katanya nak sambung puasa lagi...Alhamdulillah, Akmal bertahan juga sampai jam 7.00 petang, tupun berbuka awal sebab tergoda tengok air bandung yang dibelinya masa kat pasar malam :) - alhamdulillah, nampak mudah nak ajar anak berpuasa ni...wah cepatnya mereka besar.

Kesudahannya, tahun ni berpuasa + hamil nak masuk 6 bulan + menyusukan Kak Ngah Irdina yang berusia 20 bulan awal Ogos ini..alhamdulillah, nikmat tak terhingga.

Persiapan raya untuk baju kurung kak ngah, baju melayu akmal dan ayah dia pun dah siap..cuma nak beli sedikit baju kasual untuk budak-budak ni...sebab lepas ni nak fokus beli barang baby lak :p...

Kalian bagaimana? Seronok berpuasa?

Salam kasih,
Izzah



5 comments:

aThidEaN said...

alhamdulillah kak zah:)
dlm mengandung, menyusu masih gagah berpuasa.

saya pun sekrg tgh pregnant 14minggu, and part time breastfeed..
dah campur dgn fm untuk anak sulung, walaupun anak br 16bulan, sbb susu sy kering sendiri bila pregnant ni..jadi dia minum saki baki yg ada sikit2 je ni..

izzah azfar said...

athidean : tahniah sbb berjaya berpuasa, hamil dan menyusukan.

akak kebetulan ebm masih banyak jadinya bolehlah cover musim mengandung ni, alhamdulillah..susu dah ada cuma tak banyakla..so kadang2 anak minum ebm juga..

~farah~ said...

makan tak vco tu? bagus utk tenaga di bulan ramadahan ni utk ibu mengandong :)

izzah azfar said...

farah : akak tengah cari mana ntah simpan...

masih takut2 nak makan lagi ni...esok kot nak try :p

deena awanis said...

pandainya akmal...=)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics