Friday, July 20, 2012

Pregnancy Is Not An Adventure - it is a JOURNEY

Emm...sudah mengharungi separuh perjalanan mengandung kali ke tiga..Nikmat yang Allah beri sangat-sangat berbeza kali ini..benarlah kata orang..setiap anak punya pengalaman yang berbeza.

Jika mengikut kiraan, baby adik akan lahir lebih kurang tarikhnya dengan Kak Ngah Irdina..InsyaAllah..harapan Zah sebagai ibu juga begitu..Kebetulah tadi bos dah minta untuk Zah sekali lagi jadi Emcee Majlis pada November..hehehe Alhamdulillah dan InsyaAllah ye bos...kalau belum bersalin, Zah cuba..

Kalau anak sulung teruja untuk membeli barang keperluan, anak kedua semangat pun sama sebab berbeza gender,kali ni...semangat shopping tu macam turun je...hahaha selamat duit poket...entahlah, dah pegang letak balik...kalau dulu masa Irdina..ni dah ada sehelai dua baju berwarna pink :p...maybe sebab teruja nak dapat anak perempuan.

Kali ni bukan tak teruja, tapi sebab gender baby adik masih rahsia, buat bonda nak beli barangpun terkendala...emm...tunggulah lepas raya kot..cuma nak beli kain dan kekabu je...nak buat sarung tilam dan bantal untuk baby adik ni...tengoklah malam karang ke..bolehla isi masa lapang hujung minggu ni.

Zah dah kurang dah mabuk pagi-pagi tu...cuma berganti dengan sakit pinggang pula..sakit sangat-sangat yang kadang-kadang buat Zah dah tidur awal..terpaksa kurangkan waktu menyusu Irdina pada malam hari..nasib Irdina dah nak minum EBM, ayah dialah yang take over peranan untuk sediakan susu Irdina..kadang-kadang Irdina tak jagapun, maybe sebab dah kenyang sebelum tidur..

Anak-anak memang teruja nak dapat adik, Abang Long Akmal tu..dah pandai borak dengan baby adik dalam perut, ajak g makan la, ajak mainla...baby adikpun dah mula respond tendang-tendang perut bonda ni..hehehe..korang, mengandung adalah sesuatu yang indah dan sangat-sangat indah. Akan bertambah indah bila bayi itu lahir dan disusukan dengan susu kita sendiri...Zah bukan main-main..hikmah mengandung dan menyusukan anak besar pahalanya dari Allah tau..

* Malam ni nak scan baby adik...adik tunjuklah gender kamu ya!*


Salam kasih,
Izzah

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics