Friday, July 27, 2012

Kurang Menyusu Buat Irdina Sukar Tidur

Irdina @ 6 months - terlena tidur selepas kenyang menyusu

Sejak Zah perkenalkan bottle feeding kat rumah dengan Irdina, yakni Irdina mula minum susu perahan dirumah..Zah mengalami masalah untuk tidurkan Irdina dengan mudah.

Betapa penyusuan susu ibu itu akan memudahkan ibu itu sendiri sudah kurang dirasai sejak akhir-akhir ini...Maklumlah, sejak mengandung..kadar susu yang boleh mengenyangkan Irdina sudah semakin berkurang...Irdina yang kadang-kadang tahu perasaan bonda menahan sakit semasa direct feeding beralah dengan bottle feeding.

Tapi itu tidak mudah disangka...kalau dulu, masuk bilik je...lepas tutup lampu, bagi susu...insyaAllah senang dan mudah untuk Irdina tidur...sekarang, kadang-kadang dah habis 2 botol ebm (10 oz) pun tak lena-lena lagi budak tu..huhuhu last-last bonda beralah bagi Irdina menyusu direct juga..

Alhamdulillah, di usia kandungan mencecah hampir 6 bulan ni, zah perasan susu dah semakin bertambah...Irdina boleh melekap dari malam sampai ke pagi...syukur, makanya...nak bangun untuk panaskan EBM bukanlah satu masalah lagi..:)...

Sebab itu, Zah sangat galakkan kalian menyusukan anak secara terus, anak mengempeng? penyelesaiannya carilah posisi menyusu yang ibu dan anak selesa iaitu ibu boleh rehat dan anak boleh tidur lena...

Kalau menyusu sambil duduk tengah malam, anak pula jenis menyusu lama...jangan salahkan anak..tapi cari solusi kepada masalah itu. Jangan pula terus buat keputusan susu sedikit, anak tak kenyang dan anak mahu menyusu lama. Anak kita ni dah seharian dengan pengasuh, bila jumpa bonda dia..dia mesti nak lama, nak dengar degup jantung bonda, nak 'bonding'.

Masa menyusulah kita boleh belek anak kita, kita boleh usik telinga, rambut, perut..hahaha...comel tau...jadi, jika anak meragam bersabar dan just ikut flow baby tu ye...insyaAllah besar ganjaran kita di akhirat kelak :)

Sedikit tips : penyusuan semasa ramadhan, pastikan makan dengan cukup, minum air secukupnya adalah sampingan...mean bukan air semata-mata tapi keduanya adalah perlu...berapa liter air sehari juga adalah sesuatu yang tidak boleh kita tetapkan, ada ibu yang perlu 2 liter sahaja ada yang tidak..sebab 1 liter air adalah untuk 25kg berat, so..pandai-pandailah agak-agak ye...semalam Zah makan super banyak..kebetulan tak bangun bersahur, minum soya juga...kurma tak ketinggalan, nampak sangat Irdina kenyang, sebab Zah sendiri rasa susu tu banyak..:)

Salam Ramadhan ke 7.

'Izzah'

2 comments:

~najwa~ said...

Sejak Ramadhan ni, saya rasa kemungkinan susu berkurangan, sebab Tasneem tak tidur lena setiap malam. sekejap-sekejap dia nak melekap.

penyudahnya, hampir setiap hari saya cuma tidur 3jam, kelam kabut pula nak sediakan sahur.

Marwanis Mansor said...

assalmualaikum zah,

sy ada masalah anak x mau langsung menyusu susu perahan dlm botol, sejak sebulan lepas, dia cuma nk direct sj, dia sangup tgu sy balik tengahari utk bfeed, kesian sgt kt dia sbb kurus, ada tip dak?

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics