Sunday, July 22, 2012

Herba dan Penyusuan Susu Ibu

Entry Menjelang Puasa : Zah pasti dan ramai yang sibuk mencari suplement menambah susu badan untuk permata hati...


Zah upkan kembali tulisan Zah mengenai Herba dan Penyusuan Susu Ibu pada 23 Mei 2011 - harap bermanfaat :)

************************************************
Disclaimer: Most herbal treatments have not been thoroughly researched, particularly in regard to lactation. Herbs are drugs, and some caution is necessary. I am presenting this data as is, without any warranty of any kind, express or implied, and am not liable for its accuracy nor for any loss or damage caused by a user's reliance on this information.

Sumber : Kellymom.Com
Antara zat didalam herba yang ada dan dikaji boleh meningkatkan bekalan susu adalah disebut sebagai galactagogue.Beberapa galactagogues herba yang paling dan sering digunakan adalah seperti fenugreek, blessed thistle, dan alfalfa. Selain itu ada juga beberapa jenis ubat yang dapat meningkatkan bekalan susu. ( Maaf zah bukan orang yang sesuai bercerita tentang ubat-Jumpa Doktor Laktasi anda untuk lebih lanjut)
 
Sebelum kita berfikir sama ada perlu atau tidak mengambil suplement herba ini - Zah mencadangkan agar anda sebagai ibu fikir-fikirkan kepada keperluan pengambilan herba ini.
Adakah ibu rasa bahawa bekalan susu anda rendah? Mengapa? Banyak ibu berfikir bahawa mereka mengalami masalah LOW MILK SUPPLY walaupun hakikatnya bekalan susu kita sesuai dengan kadar keperluan bayi kita.

Cadangan Zah : Herba tidak dimakan di awal-awal kelahiran. Jangan terlalu bergantung kepada herba sebab SUSU IBU akan terhasil apabila ia disertakan dengan permintaan SUSU IBU itu sendiri. Semakin Tinggi Permintaan Semakin Tinggilah Penawaran Susu anda.

Jika anda mengambil keputusan untuk mencuba Pil-pil Herba ini - jangan dilupakan konsep asas penyusuan ya..iaitu :-
  1. Penyusuan Secara Terus - tanpa jadual dengan anak, layanlah penyusuan anak itu terutama ketika dalam pantang kerana hanya masa berpantanglah kita mampu duduk lama dengan bayi, jika kembali bekerja masa untuk bersama bayi hanya ketika hujung minggu sahaja dan cuti am :)
  2. Makan secara sihat - Ibu yang menyusukan anak tiada diet yang tertentu tetapi makanlah secara sihat. Zah sendiri tidak ada makanan tertentu semasa anak kedua ni...semua zah makan, tetapi bila zah rasa tidak sesuai zah tak akan makan dah. Contoh: zah rasa kembung perut dsbgnya.
  3. Minum Air Masak/Suam - tiada kuantiti yang tepat, ada setengah orang kata kena minum banyak2 - tp zah minum ikut keperluan-takdelah bergelen-gelen...cukup ikut keperluan sahaja.
  4. Mengepam yang konsisten - di pejabat zah tetap mengepam - kadang2 3 kali, kadang 4 kali kadang2 5 kali....ikut keperluan dan kepenuhan :) - zah ni kadang2 kat ofz bz dengan meeting sampai makan,solat dan lain2 perlukan masa yang minima...jadi bila zah sibuk, zah tetap amik 10 minit utk pump, tp bila zah tak sibuk, zah akan pump lebih :)
  5. Mengepam di tengah malam - Alhamdulillah masih pump walaupun Aqilah berusia 6 bulan lagi seminggu.
Cerita Pasal Herba dan Penyusuan Susu Ibu

Saya percaya, setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka : Zah sendiri mengambil pil FENUGREK semasa anak sulung - setelah banyak herba yang zah cuba - hanya pil Fenugreek yang betul2 berikan zah kesan yang cepat - Tapi Zah hanya mengambil Pil Fenugreek selepas 10 bulan mengepam sahaja. - Anak sulung zah adalah pengepam tegar  yang bergantung sepenuhnya dengan breastpump untuk penghasilan susu ibu tanpa Penyusuan secara terus ya.

Alhamdulillah - Pil Fenugreek sangat membantu saya bertahan tanpa bantuan Artificial Milk langsung sehingga 15 bulan usia akmal - Dari tiada stok susu perahan saya boleh menyimpan sedikit demi sedikit. Sehinggalah saya berhenti mengambil Pil Fenugreek ketika saya mendapat berita gembira iaitu mengandungkan Irdina.

Selain itu, saya juga pernah mencuba beberapa Pil Herba lain yang membantu menambah susu ibu seperti Pil ASI dan juga Set Penyusuan dari Shaklee.


Namun demikian - setiap ibu itu berbeza penerimaan, berbeza tindak balas dengan setiap pengambilan pil herba ini. Kesimpulannya - semasa anak pertama zah hanya bersesuaian dengan Pil Fenugreek iaitu Halba yang dimodenkan dan dijadikan pil untuk menambah Susu Ibu.

Bila Aqilah lahir - zah menghadapi masalah kepenatan dan kelesuan tahap kritikal. Dengan tidur yang tidak mencukupi dan rehat serta bebanan kerja yang sangat-sangat tinggi buat zah berfikir untuk mengambil suplement yang membantu zah untuk terus sihat.


 Zah telah disyorkan untuk mengambil set ini oleh seorang teman. Zah dan suami mula mengambilnya hampir sebulan lalu -tapi zah mengalami sedikit masalah dengan alfafa..

Zah sebelum ini memang langsung tidak ada masalah dengan LOW MILK SUPPLY - jadi dengan pengambilan Alfafa telah menyebabkan zah mengalami bengkak susu yang maha teruk walaupun zah hanya mengambil 1 biji dari 2 biji yang disarankan oleh teman tersebut. oleh yang demikian, sekarang zah hanya makan lain2 multivitamin dan alfafa zah makan sebiji seminggu.

Apa yang zah boleh simpulkan? - Penyusuan Susu Ibu tidak cukup sekadar dengan pengambilan galactagogue sahaja tak kisah lah apapun jenama yang ada di pasaran -  InsyaAllah ia cukup dengan mencipta permintaan susu ibu akan terhasil. - ini adalah hasil daripada percubaan zah sendiri...Penyusuan zah kali ini sangat2 dipenuhi dengan penyusuan secara terus semata2 sahaja dan mengepam ketika bayi tidak bersama.

Jika anda ibu dalam pantang yang sedang membaca entry ini....saya mahu anda percayakan diri sendiri...insyaAllah susu yang anda hasilkan cukup untuk bayi anda. Tiada ubat ajaib yang boleh membantu susu anda menjadi banyak tanpa usaha lain. cipta demand dan suplly susu akan meningkat insya Allah - 

Entry panjang selepas lama berfikir :)

Salam Kasih,
Izzah


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics