Thursday, July 26, 2012

Hadiah Hari Lahir :)

Buat entry awal sikit boleh :p
InsyaAllah lagi 2 hari usia akan bertambah setahun lagi...wah dah di ambang akhir angka 20-an....mean dah tua...kena jadi lebih matang dah pasni :p



Alhamdulillah, syukur dan terima kasih buat bonda dan ayahanda yang lahirkan 
saya 29 tahun lalu...
Terima kasih sebab didikan itu buat saya jadi 'orang' sekarang
Pengalaman menjadikan saya jadi lebih kental rasanya :)

Namun demikian, kental tidak bermaksud air mata tak mengalir
hahaha, sometimes tengok sesuatu yang menyentuh jiwa je 
pasti akan rasa sayu
itulah saya.



Alhamdulillah, umur 29 tahun 
Zah sudah habiskan study Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
Zah mula sambung study masa sibuk-sibuk nak buat 
persiapan kahwin..hahaha ayahanda bagi syarat kat hubby
boleh kahwin dengan anak sulung dia dengan syarat
bagi Zah sambung belajar...
Alhamdulillah, even ada pernah tangguh pengajian sebab preggy
anak sulung..lama gak tangguh, tp masa Irdina teruskan juga study,
sampai amik exam masa seminggu lepas bersalin :)
Alhamdulillah sekali lagi.
Sekarang hopefully, tarikh konvo buat bulan oktober
sebab kalau november je dah dekat tarikh bersalin.



Impian mahu bergelar Kaunselor Laktasi juga terlaksana
syukur sangat, alhamdulillah
Penyusuan Susu Ibu adalah satu passion
seronok bila dengar kawan-kawan sekeliling
menyusukan anak mereka
seronok bila lihat staff dan boss lelaki
yang memudahkan penyusuan susu ibu dikalangan penjawat awam yang bekerja
InsyaAllah...



Alhamdulillah juga, impian mahu dapatkan rumah sendiripun 
bakal terlaksana...
berharap sangat dapat pindah segera..
hahaha nak cari mood baru pula :)
eh gambar kat atas tu rumah kedua,
maybe tahun depan baru siap
tak kisahlah
rumah pertama je..
tengah tunggu kunci..
insyAllah September ni..


Syukur juga 29 tahun ni
akan ada 3 anak...allhuakbar
Allah merancang dengan baik sebenarnya
dari berdua hampir 2 tahun
kemudian setahun sorang dah..
nampak cantik sahaja perancangan Allah
Alhamdulillah setiap anak itu rezeki
Kami berdua tak pernah persoalnya
mungkin sebab itu Allah sentiasa bagi kami rezeki lebih.

Hadiah hari lahir Zah tak pernah harap apa-apa dari suami
cukup dengan sedikit pelukan dan ucapan sahaja
tapi suami selalunya akan ada suprise..
hahaha..dia lelaki romatik yang tidak romantik
macamana nak explain ye
dia jarang tunjuk cinta, sayang rindu semua tu
banyak ikut je kehendak isteri dia ni..

Awal bulan lalu kalau tak silap
Hubby out station seminggu
patah kaki di buatnya
susah nak harapkan orang minta tolong
hantar ke tempat kerja, dan ambil kita
segan juga..
Zah utarakan pada suami nak beli sebiji kereta 2nd hand
jadilah buat guna bila dia tiada..

kebetulan adik Zah baru beli kereta
terus dia kata apa kata kita tengok kereta baru
sebab kalau kereta 2nd ni,
takut rosak kang..susah pula..
zah pun kata ok..

esoknya...dia datang senyum simpul tunjuk resit 
rupanya dia dah booking sebiji dah...
hahahha..nak tergelak Zah
Alhamdulillah,
tahun ni dapatlah sebiji kereta baru as hadiah hari lahir :)


tadi dah sign semua..
tunggu kedai daftar nombor
insyallah dapatlah keta ni buat teman keta sedia ada :)

Terima kasih Allah - nikmat yang diberikan ini hanya Allah yang tahu perancangannya...



2 comments:

Myra Jay said...

Alhamdulillah rezeki...
Bestnyer dapat hadiah kereta lagi ;D

izzah azfar said...

:)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics