Wednesday, July 04, 2012

Entry Ringkas Cuti Kelantan


Cuti-cuti Kelantan

5 hari 4 malam dah selesai, cuti betul-betul sebab banyak rehat, makan dan tidur sahaja...kebetulan bonda sakit gigi, ayah sakit tengkuk, nasib anak-anak behave je dalam bilik hotel..penat main mandi kolam, lepas tu makan, tengok bonda dan ayah tidur..depa join tidur gak.

*********************

Sepanjang cutipun tiada akses internet, maka tiada FB dan blog mahupun emel boleh dibuka, nape ntah celcom tu...so galaxy tab digunakan sepenuhnya untuk main game dan amik gambar budak-budak :p

*********************

Bonda rambang mata tengok variasi tudung yang cantik dan sangat murah-murah di Wakaf Che Yeh, pergi 3 kali tau..hehehe tapi kali ketiga baru beli tudung, adalah beli 2 3 helai :) - nanti leh datang lagi borong tudung lepas bersalin baby adik
Sempat makan makanan Kelantan macam Nasi Kerabu - Subhanallah sangat sedap. Singgah juga makan di Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraftangan - sedap dan murah, menepati selera ibu yang mabuk ni.


*********************



Singgah juga ke Pengkalan Kubor, suami belanja isteri dia cawan dan teko Arcopal..nasib nafsu membeli isteri tiada, makanya tidaklah shopping banyak sementelahan pinggan mangkuk beli kat Langkawi ritupun tak guna lagi..hehehe.


*********************


Bawa EBM yakni susu perahan untuk Irdina, tapi Irdina suka direct feeding - bawa 40 botol dengan anggaran 8 botol sehari tidak dihabiskanpun, ada baki 20 botol lagi...Alhamdulillah, walaupun penat sedikit sebab mabuk tp Allah masih mudahkan Zah menyusukan Irdina yang suka sangat susu bonda tu.


*********************


Percutian kali ni juga Irdina fully pakai Cloth Diaper :) - Zah anggarkan 40 keping habis selama 5 hari tu, tp tak habis pun..Irdina hanya guna dalam 30 keping...


*********************


Gambar? nanti ye...

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics