Tuesday, July 10, 2012

Breastfeeding dan Perkembangan Aqilah Irdina @ 1 Tahun 7 bulan

Gambar semalam, Irdina nak susu mama.

Alhamdulillah, masih meneruskan penyusuan even dah 20 weeks preggy Irdina ni, as always...Irdina even dah besar ni, lebih suka susu bonda dari susu botol (masih dengan susu perahan yakni susu ibu).

Komen Zah, kalau diberi peluang - Zah suka cadangkan kalian menyusukan anak secara terus..betul tak penat even kena bangun dua tiga kali waktu malam, berbanding kena bangun buat susu or panaskan ebm.

Lately, Zah memang sediakan susu perahan juga untuk Irdina - mean Irdina akan minum dalam botol. Tu pun ikut mood dia, kalau dia nak susu Zah juga, Zah tetap bagila...kalau tak memang meraung Irdina tengah malam.

Jadi bila dah bangun 2 3 kali waktu malam tu, pagi nak bangun g keje adalah sesuatu yang sedikit susah...huhuhu Zah akuinya, memang minta husband kejutkan. Tambah lagi dengan keadaan preggy ni, yang kalau pagi je rasa letih semacam..makanya selalu berdoa yang Irdina puas menyusu dengan Zah. Mean tak perlula Zah bangun banyak kali panaskan EBM....

Irdina dah Setahun 7 Bulan, suka makan, suka minum susu, tak ada alah ngan apa-apa. Alhamdulillah. Sakit sikit-sikit tu biasa, cuma Irdina ni memang budak yang aktif, pintar, cepat belajar dan segalanya cepatlah...Lately, dia manja tahap maksima juga...pantang mama hilang dari pandangan mata, meraung nak mama, ayah hilang dari pandangan mata, mahu setengah jam cari, abang hilang dari pandangan mata, jenuh berjawap abang g mana.


Pernah satu masa Abang Long dia tak balik umah, tengah dinner..dia nangis merengek nak abang....sedih juga...Alhamdulillah, abang dan adik elok je kat umah.. biasala gaduh sikit-sikit tu...hehehe..

Potty Training - insyaAllah Zah akan mulakan masa cuti bersalin nanti :) - kelakar je tengok Irdina bila dia jalan terkangkang sebab ada 'popo' dia dalam CD, Irdina memang tak selesa buang air besar dalam CD dah...

Penyusuan - Zah tak ada time untuk stop irdina dari menyusu, masa adik dia lahir nanti Irdina akan berusia 2 tahun, jadi kalau Irdina ready nak stop, Zah akan stop..tapi untuk paksa mungkin tidak...biarlah perlahan-lahan dari paksa teruskan.

Tidur bersama bonda dan ayah - Irdina masih tidur bawah ketiak bonda atau ayah tiap-tiap malam. Zah slowly bagi tanggungjawap tidur bersama dengan ayah dia, sekurang-kurangya Irdina tak terasa sangat bila adik dia lahir nanti.

Bercakap - Subhanallah, Irdina memang sangat petah...seronok bersembang dengan Irdina...pot pet pot pet sahaja mulutnya bila bersembang, tambah seronok bila dengan Irdina bercakap dengan abang dia...Alhamdulillah.


Salam kasih,
Izzah

1 comment:

bEe HoNeY said...

oo sebaya darwisy erk...jeles dpt bri susu ibu hingga skrg...sya hrp sgt my adrwisy pun dpt mnyusu semula...amin

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics