Monday, July 16, 2012

Breastfeeding : Bertahan lagi 19 minggu

Susu Perahan : bertahanlah lagi selama 19 minggu
Alhamdulillah, dengan izin Nya...Penyusuan Susu Ibu untuk anak dara Zah tu masih diteruskan, risau sebenarnya bila tengok stok susu dalam freezer yang semakin menyusut...

Gambar kat atas adalah stok susu yang memenuhi 3/4 ruang dalam deep freezer pertama, tak buat perkiraan lagi ada berapa banyak...risau..risau..risau...huhuhu maklumlah ada 19 minggu lagi untuk Irdina dapat susu matang dari Zah...

Tak dan bonda nak melaram, Irdina dah sibuk nak susu bonda lagi...
Gambar masa hari sabtu 14/7/2012

Sekarang Irdina masih direct feed, menangis-menangis nak susu mama juga even dah sediakan susu perahan dalam botol kat dia...Kalau dulu, tak pernah langsung terfikir berapa OZ sehari susu diperlukan, sekarang memang kena bajet...nak berjalan pun cooler box biru tu dah jadi teman seperjuangan dengan luggage beg..

susu perahan masa bercuti di Kelantan awal Julai lalu..

Kadang-kadang persediaan nak membawa susu perahan ni rasa macam wah lecehnya, kalau bercuti kena pastikan bilik ada peti ais, rela hati bawa cooler box besar, kena pastikan ais sentiasa ditambah..dan macam-macam lagi...Zah lupa yang zah pernah buat semua ni dengan Akmal dulu...hehehe bezanya, dulu ada fresh ebm, jd taklah rasa terbeban sangat...but bila bergantung ebm dan direct feed memang terasa ok...huhuhu...wah nampak macam mengeluh pula...astagfirullah...apapun masih bersyukur, disebalik kesusahan ini, Irdina masih dengan susu ibu dan tanpa sedar hampir 20 bulan sudah Irdina dengan susu ibu...hehehe syukur-syukur...

Untuk kalian, tiada rahsia susu Zah bertahan sehingga hari ini. Zah hanya amalkan konsep menyusu tanpa jadual..yang mudahnya, susu..susu...susu..hahaha Irdina banyak direct feed, Power Pumping? pernah buat sekali je, tp tak tahan sbb rasa mcm sakit je kat cik B, so Zah memang lebihkan direct feed, minum air masak secukupnya, makan secukupnya, memerah 3-4 kali di Pejabat dan semasa 6 bulan pertama Zah akan perah 4-5 kali di pejabat, perah sebelum tidur dan perah jam 3.00 pagi. Rutin harian tu mampu membantu Zah maintain 30-40 Oz susu sehingga 13 Bulan..kemudian susu mula berkurang sedikit demi sedikit susu selepas disahkan mengandung...

Kesimpulan, sedikit usaha akan buat ibu hebat senyum sepanjang hari dengan usaha yang penuh keajaiban itu. 

* Untuk sebarang perkongsian mengenai Penyusuan Susu Ibu,
 boleh email saya di izzahazfar@gmail.com

Salam Kasih,
Izzah
Certified Lactation Counselor

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics