Thursday, July 05, 2012

3rd Pregnancy : Menyusukan Kak Ngah Irdina

Kak Ngah Aqilah Irdina @ 18 months
Alhamdulillah, dah masuk minggu ke 20 dah..cepatnya masa berlalu..bermakna Zah masih meneruskan penyusuan susu ibu waima sudahpun mengandung 20 minggu. Kadang-kadang rasa letih juga, tambah pula bila menyusu terlalu lama, baring mengiring buat Zah sakit pinggang yang maha hebat. Tapi bila  Kak Ngah Aqilah Irdina yang tak jemu mahu susu bonda, Zah kuatkan juga hati untuk menyusukan dia.

Kepuasan tu macam susah nak digambarkan, tambah pula bila Kak Ngah Aqilah Irdina yang petah berkata-kata semasa mahu susu bondanya ini. Cair hati tau...hehehe, nasib baik ada susu perahan yang boleh menggantikan susu Zah yang semakin berkurang, tapi jujur Zah katakan sekarang double penat even tak memerah ditengah malam.

Penat kerana, kalau dulu bila direct feeding...Zah rasa lena sikit tidur malam bila terjaga pun tak selalu..tapi sekarang, sebab zah kena juga sediakan susu perahan untuk Kak Ngah Aqilah Irdina makanya memang penatlah..nak bangun pagi tu subhanallah memang bercinta. 

Cadangan Zah, beza bila menyusukan anak secara direct feeding ni. Zah pernah rasa jadi Exclusive Pumping dah...kalau diberi pilihan biarlah boleh menyusukan secara terus tak terasa letihnya...sambil menyusu sambil tidur-tidur ayam.

Zah baru-baru ni ke Kelantan, siap sediakan susu perahan sebanyak 40 botol dengan anggaran 8 botol sehari. Tapi Kak Ngah Aqilah Irdina hanya habiskan 20 botol sahaja..makanya susu perahan tu masih berbaki lagi..hehehe dia banyak direct feeding je.

Bulan puasa dah dekat, risau juga ni..harap puasa tu Zah kuatlah..alhamdulillah kalau sebelum ni even preggy mahupun menyusukan anak-anak, kekuatan puasa tu ada dan masih penuh :) -  harapnya kali ni masih lagi. Mengandung kali ni ada dugaan muntah-muntah yang teruk sikit,banyak yang keluar dari masuk dalam perut..


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics