Tuesday, July 31, 2012

3rd Pregnancy : Kurang Zat Besi

Dari 22 minggu sebesar buah ini

sekarang baby adik sudah sebesar mangga yang sedap ni :)


Alhamdulillah, semalam Zah ada temujanji dengan Doktor Suraya di Klinik Kesihatan Berapit..tujuannya sebab HB zah yang rendah tulah..
Nurse kata ni nak kena amik darah lagi ni...fobianya Zah ni bila kena ambik darah..

Tapi atas sebab history masa preggykan Irdina, so Doktor kata Zah ni masalahnya adalah kurang zat besi je dalam badan....dia kata tak perlu ambil darah dah, tp Zah kena berhenti minum tea n kopi..
kena minum jus buah dengan vitamin Iberet tu...
kena makan makanan berkhasiat :)

Puasapun dah masuk hari ke 11.
Alhamdulillah..masih gagah..hahaha kadang gigil juga tambah bila hujung minggu sebabnya? selain menyusukan Irdina Zah dah mula projek menjahit..
emm...baju anak tak siap lagi..huhu
tahun depan bertambah pula baju nak jahit..hehehe..

Persiapan Menyambut Baby Ketiga

Agaknya, sebab dah no 3..keterujaan nak membeli tu tak berapa banyak sangat..hahaha ke sebab tak larat nak jalan...kebetulan bila buat list semua dah ada
hahaha...ntah ler...lepas raya kot beli masa MERDEKA..mesti ada sales masa tu..
Lagipun nak comfirmkan sekali lagi gender baby adik ni
even Doktor dah sahkan jantinanya masa 5 bulan ritu..hehehe

Cuma tengah berkira-kira nak beli tilam baru kat baby adik
tilam lama tu macam dah lembik je...
ayah dia kata tak payah...
tengoklah camner...
kain dah beli nak jahit sarung dia...

cuma...masa kemas umah last weekend terkejut
bila tengok...wah banyaknya Cloh Diaper Baru untuk baby adik..
so borong Cloth Diaper sudah tak perlu...
sebab?
CD memang banyak dah..

Koleksi CD kak ngah dan abang long :)

Kak Ngah pun nak potty train dah...so tak lama lagi CD ni bagi kat baby adik je



Breastpump masih comel...cuma nak ganti sparekit dan shiled sahaja..
wah tak sabar nak ada baby baru ni...hehehe
yang pastinya akan bermula episod berpantang dengan 3 org budak kecil
agak-agak macamanala nanti.



1 comment:

~aYu~ said...

moga izzah tetap sihat dan bertenaga sepjg ramadhan ni. pandainya izzah menjahit yer..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics