Monday, July 23, 2012

3rd Pregnancy : Good News dan HB rendah lagi.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ibu-ibu hebat yang membaca entry ini :)

Semoga kita dilimpahi barakah dan sihat walaupun menjalani ibadah puasa ini, jadikan nikmat berpuasa sesuatu yang maha hebat dalam diri ya!


Berbalik pada entry, minggu lepas jumaat malam Zah ada appoitment dengan Dr.Wan :) - memang tak sabar nak jumpa Dr. Wan sebab nak tau gender baby adik..Alhamdulillah kali ni walaupun baby adik posisinya tutup rapat juga, kepit macam manapun, Dr. Wan dah boleh sahkan gender baby adik ni..Gender apa?...biar rahsia kot...hahahha...so, hari sabtu dan ahad Zah jalani rutin macam biasa..oh ye, Zah kan ada kata sakit pinggang sangat2 last week, Dr. Wan kata benda tu normal sebab usiapun dah meningkat dan baby membesar, alhamdulillah minggu ni dah tak sakit dah pinggang tu...hehehe, Zah juga tunjukkan buku merah kat doktor mengenai bacaan HB yang rendah, tp Doktor kata benda ni normal,bacaan selalunya tak tepat...just makan vitamin dan jaga pemakanan je.. 

Hari ni, Zah ada appoitment ngan KK Kubang Ulu pula..depa nak chq HB yang rendah tu...macam 2 kali chq up yang lepas, HB Zah kena buat dua kali reading, kali pertama readingnya mmg rendah, tapi reading kedua naik...iaitu dari 9.5 naik 11.0 dan dari 9.0 naik 10.1..makanya kali ni Zah pun remind nurse untuk buat reading sekali lagi if HB rendah..tapinya dia jawap Zah ni pandai-pandai...

Kemain nurse tu, Zah katalah...sebelum nipun mcm tu...chq lah balik, dia buat bodoh je permintaan Zah..terus kata, awak kena refer doktor, amik darah ni nak chq ada thalassemia ke tak..Zah cakap balik kat nurse tu, saya dah kena chq masa anak 2nd, takde thalassemia tu...dah siap bagi darah dan najis bagai dah..nurse tu buat donno lagi...

So, next week ada appoitment dengan doktor kat KK Berapit pula...stress ok, asyik refer sana, chq sini...tp kali ni nak bawa Buku Merah yang masa Irdina tu, nak tunjuk bukti yang Zah takde thalassemia dan Zah nak refuse amik darah lagi...sakit la amik darah tu, sebab Zah ni kena amik darah kat urat tangan tak boleh kat atas siku tu...

Suami lagi sempoi, dia kata nak risau apanya...bersalin comfirm nak bersalin dengan Dr. Wan..just ikut je la procedure yang erlu dari KK tu..huhuhu dia relaks je...





2 comments:

pizet said...

x suka gak prosedur check kk ni...anak first ambik darah sebotol untuk check jenis darah, second pun sama

Anonymous said...

Assalamualaikum. Maaf guna nama Anom je.... cer makan vit yang tambah darah yang KK kasi tu bersama dgn air limau nipis. Vit c membantu penyerapan vit yg tambah darah tu.... saya pun selalu kene mcm tu... cuba lah kut menjadi. Insyallah

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics