Monday, July 16, 2012

21 Minggu : Baby besar sebiji pisang


Alhamdulillah, baru lepas g scan baby adik di Klinik Kesihatan Berapit - dan berbeza dengan result scan masa 4 bulan ni...baby adik sudah ada kemajuan dan besarnya bersesuaian dengan minggu bonda yang sedang mengandung 21 minggu :p.

Tapi bila dah scan dengan KK, janganlah diharapkan dapat gender ye...hehehe zah pun tak berharap sangat tadi..cuma nak tau kedudukan uri dan berat adik sahaja - kali ni memang berdoa adik sihat dan membesar sepatutnya.

Lega juga, scan kali ni memang tepat seperti due date yang dikir mengikut tarikh haid yang terakhir...jadinya just prepare sahajalah bulan November tu akan menjangkau 36 minggu dan bersedia untuk menerima baby adik pula - wah tak sabar nak ada satu lagi pengalaman penyusuan yang ketiga. Semoga dipermudahkan.

Alhamdulillah, uri juga sudah bergerak sedikit dan Doktor Tan Siew Hui tu kata kalau ikut apa yang dilihat, uri tidak menutup jalan yakni laluan...dan kedudukan baby adik masih songsang, tp tiada yang perlu dirisaukan..sebab baby akan berpusing lagi...

Cuma, bila tengok bacaan HB yang merah iaitu 10.1 makan Doktor nasihatkan untuk Zah tambah diet dengan kerang, hati dan ikan bilis...jadikan makanan tersebut sebagai rutin seharian dan teruskan dengan pengambilan vitamin dengan konsisten. InsyaAllah semuanya akan selamat...

Sekarang berat baby adik dah 338 gram - alhamdulillah...biarpun berat nya comel, tp dah rasa tendangan padu dia...kerap juga rasa tendangan padu tu..hehehe super aktif macam masa mengandungkan Kak Ngah Irdina dulu...

Tadi, masa tunggu giliran sempat baca buku yang bertajuk " Breastfeeding With Confidence" dan salah satu topik yang dikupas ialah mengenai diet ibu yang sedang hamil dan menyusu. Orang selalu tanya Zah, if menyusu kena tukar corak pemakanan ke? Mengikut penulis di buku tersebut, bayi sudah mula minum air ketuban (amniotic fluid) semasa minggu ke 10, air ketuban terhasil dari apa yang ibu makan...makanya sejak dia dalam rahim lagi bayi sudah mula biasa dengan corak pemakanan ibu. Mean kalau ibu suka makan pedas dan berempah, bayipun sudah mula belajar dan menerimanya sebab air ketuban kita berperisa mengikut apa yang kita makan seharian....Lihat kebesaran susu ibu itu, (Rujukan : Muka surat 40, Chapter 3 - Breastfeeding With Confidence)

Tambahkan diet dengan pisang setiap hari,
makanan sunnah dan banyak khasiatnya..

Salam Kasih,
Izzah

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics