Friday, June 15, 2012

Weaning Off from Breastfeeding

Kalau yang biasa membaca blog ini, anak Zah yang sulung pernah sakit teruk dan terpaksa masuk ke wad gara-gara Zah mahu weaningkan dia dari penyusuan susu ibu, kerana itu...zah tarik balik keputusan dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga Akmal berumur 3 tahun.

Akmal minum susu ibu selama 15 bulan, then berhenti sebentar
sehingga zah preggy, mula menyusu kembali selepas adiknya lahir.


Zah terbaca satu hadis dari baginda S.A.W mengenai ibu yang menyusukan anak mereka...


Ibu menyusukan anak adalah penting, tugas mulia dan tanggungjawab ibu. 
Sabda baginda s.a.w : 
Bagi setiap tegukan susu yang diberikan kepada bayi, ibu mendapat satu pahala kebaikan.Jikalau ibu terpaksa bangun pada malam hari kerana bayinya itu, maka ia dapat pahala sebagaimana pahala orang yang membebaskan hamba sahaya 70 orang di jalan Allah.

Apabila seorang wanita menyusukan bayinya, maka setiap tegukan susu yang diberikan meperolehi pahala yang sama dengan pahala orang yang menghidupkan seorang yang mati.Apabila ia memisahkan penyusuan bayinya (setelah cukup usia), satu malaikat khusus akan mengucapkan selamat kepadanya kerana keberhasilannya melakukan tugas menyusukan anaknya). 
Dan ia berkata : “dosa-dosamu yang lampau sudah diampuni” 

Sumber : http://nagamerahputih.blogspot.com


Menyusukan Irdina sudah mengampiri angka 19 bulan...Penyusuan sejak dia lahir sehinggalah kini sudah mengandung semula adakalanya ada air mata..ada rasa seronok dan sesungguhnya semua pengalaman menyusukan Irdina adalah pengalaman terindah Zah sebagai ibu.

Sering menerima email dan PM di facebook tentang kegusaran ibu mengenai susu yang semakin sedikit..naluri ibu, memang mahukan yang terbaik untunk anak mereka. Namun kalian, jika menghadapi masalah susu yang semakin berkurang, lihat kembali umur anak kita...jika selepas setahun, usahlah terlalu risau..sebenarnya kita sudah mula proses untuk berpisah/bercerai susu. Permulaan memperkenalkan anak dengan makanan pejal sahaja sudah tanda bahawa anak itu akan belajar untuk menerima bahan lain selain susu ibu untuk tumbesaran mereka.

Sebenarnya, entry ini ditulis kerana Zah rindukan saat memerah dipejabat, balik ke rumah dengan bekalan susu yang memenuhi deep frezer, malah setahun boleh memberikan susu segar kepada Irdina adalah satu kepuasan tidak terhingga yang Zah sangat syukuri pemberian Allah ini.

Suatu masa dahulu..perahan semasa bekerja :)
Zah juga rindukan Irdina yang mengempeng tanpa henti semasa 6 bulan pertamanya..hehehe itulah manusia, masa penat kadang mengeluh bila rindu terasa mahu pula...nasib baik mengandung lagi, mean..dengan izin Allah journey penyusuan tak akan berhenti lagi.

Ibu, anda wanita hebat kerana mampu menguruskan diri, kerja, keluarga, anak-anak, dengan Allah..memang akan ada air mata...akan ada rasa mahu pergi jauh-jauh, tapi masa itu hanya seketika..jauhi stress dan lalui pengalaman ini dengan senang hati. Anak kita akan membesar dan kita pasti akan rindukan saat itu nanti.

Ibu yang rindu,
Izzah

3 comments:

Nanak said...

zah, anak i baru je wean off selepas dia menyusu 2y2m..skng ni, Tuhan je tau betapa i sgt rindu moment menyusukan dia..
tunggu adik dia lahir baru blh teruskn bf semula :)

take care zah.

MaMa sYahMi said...

sebak mira baca ayat ayat 2 pereggan terakhir tu..terasa diri ini sgt teruk..sebab kekadang ada terdetik perasaan marah kat anak coz selalu nangis2 tgh pagi nak nenen..ckp akak tu betul..mira anak baru nak masuk 10bulan..susu dah mulai kurang ..tpi bila baby 8 bulan lebey..mira dah tak pam susu kat opis dah..lebih direct feeding jer coz boleh tahan smpai balik..tapi make sure lepas keje terus terkam dia la coz breast dah bengkak...hisapan dia yg boleh wat breast susut...tpi mira merindui saat utk pam susu :( tpi at least time tido dia masih mengempeng..mira berdoa agar dpt menyusukan dia lagi even not fully breastfeed..

izzah azfar said...

nanak tq :)

mama syahmi : jangan biarkan tak perah selalu ehh sbb buat susu berkurang tu :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics