Thursday, June 07, 2012

Umur Berapa Mahu Ajar Anak-anak?

Orang selalu mahu, eh baru 2 tahun dah pandai mengira
lah, mengajipun pandai?
eh boleh menulis?

tapi bagaimana pula jika di masa depan, budak yang dimomokkan untuk study awal-awal tu tak perform masa dia sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti?
adakah kita akan anggap anak tu gagal?

jujurnya zah risau juga
tapi suami selalu minta Zah sabar
terutama bila mendidik anak sulung kami akmal..
kalau bandingkan Akmal dengan adik dia Irdina
memang nampak Irdina lebih cepat belajar
tapi sebab zah pernah baca 
anak lelaki ni fasa membangun dia berbeza dengan anak perempuan
anak lelaki lambat matang,
anak perempuan cepat matang
jadi selalunya zah banyak relaks...

jadi, zah tak paksa Akmal untuk faham semua benda
makanya zah ajar benda-benda yang simple je
mana yang sesuai dengan life depa lah kan
tak nak buat yang keras-keras..

zah suka main warna warni dengan anak-anak


sambil minta mereka main water colour tu
zah ajar juga warna apa
sebutan yang betul


selain ajar mewarna,
ajar kenal jenis warna
zah juga terapkan kemas barang lepas mewarna
so itu juga penting, bukan santapan luaran je, santapan dalaman juga penting
semasa mendidik anak.


tengoj? akmal boleh susun elok-elok je warna-warna tu..
insyaAllah tahun depan nak masukkan dia ke taska depan umah ni
harap dia boleh belajar benda-benda simple macam doa makan, al-fatihah ke
akmal sekarang tahu sikit-sikit, nak bg lancar dia kena bergaul dengan 
kanak-kanak seusia dia juga..

hasil dua beradik tu..
seronok akmal dan irdina
masa zah lekat kat dinding hasil rekaan mereka berdua
oh abaikan dinding yang berconteng,
dua beradik ni memang suka melukis..hehehe

maaf mungkin zah punya pendapat tak sama dengan kalian,
jadi jangan ambil hati ya..
ini hanya cara zah dan suami...

salam kasih, 
izzah.

1 comment:

menn said...

Pendapat saya yg belum ade anak :)

- ajar tu bukan setakat baca,tulis,kira. Macam kak long cakap,dalaman pun kena ajar. Jadi semua benda pun jadi ilmu untuk budak2. Secara x sedar kadang2 kita ajar tentang adab,sopan n etc kat anak2

- kadang2 kesian kat budak2 skang kena study lebih,tuisyen n mcm2 sampai xdpt menikmati zaman kanak2

-tv adelah medium pengajaran yg kurang sesuai. Kids cuma pandai imitate je nti.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics