Friday, June 22, 2012

Selagi ada rezeki teruskanlah menyusukan Aqilah Irdina

Nurul Aqilah Irdina @ 19 months breastfeeding 

Kalau tengok tajuk, itulah yang sayang saya iaitu encik suami ucapkan semalam.. Semasa kami dalam perjalanan nak keluar makan malam, kaletah Irdina yang merayu-rayu nak susu bondanya sangat melucukan kami suami isteri..

Zah sempat tanya pada suami cukupkah susu perahan yang Zah ada dalam  deep frezer untuk Aqilah Irdina sehingga hujung tahun ini dan paling awal adalah pertengahan November iaitu sehingga Zah selamat lahirkan adik baby. Suami selamba sahaja menjawab, insyaAllah susu yang ada dan cukup dan teruskan sahaja menyusukan Irdina selagi Zah mampu dan rezeki yang Allah berikan itu tidak putus.

Kalian, jika mahu berjaya menyusukan anak sokongan suami yang sangat padu dan jitulah yang boleh membantu kita ke arah itu...InsyaAllah. Kenapa Zah katakan sedemikian adalah, sepanjang kisah penyusuan Zah dan Aqilah Irdina mahupun dengan Raziq Akmal, suamilah yang banyak bertolak ansur dalam perjalanan rumah tangga kami. Jika Zah tidak sempat menyediakan makan malam misalnya, suamilah yang akan mengambil alih tugas itu. Sehingga kini walaupun Aqilah Irdina sudah berusia hampir setahun 7 bulan, bahagian dapur memang dah jadi rutin dia, bab cuci pinggan, lap bagi berkilat dapur dia punya bahagian. Alhamdulillah dan terima kasih abang. Tapi itu tidak bermakna Zah tidak memasak langsung, ada waktu kami bergilir-gilir juga..hehehe cuma bab cuci pinggan cik abang yang punya.

Habis Zah buat apa pula ye? Selalunya kerja mendobi, melipat kain, menyediakan keperluan anak-anak ke rumah pengasuh, mengemas rumah adalah rutin Zah pula. Ada yang Zah buat hari-hari dan ada yang Zah buat semasa hujung minggu. Nasib suami tidak cerewet dan banyak membantu.

Kembali kepada rezeki, cadangan Zah adalah..jangan serahkan 100%  kepada Allah sahaja. Sebagai ibu, mahu berjaya menyusukan anak perlu ada sedikit ilmu, sedikit sokongan dan sedikit keseronokan. Ilmu perlu untuk menghadapi saat-saat genting semasa susu merudum misalnya, saat anak tiba-tiba tidak mahu menyusu di payudara dan mungkin tiba-tiba anak mahu menyusu sahaja..Sokongan perlu semasa kita sedang gundah gulana dan risau mahupun stress. Keseronokan pula perlu ada bagi memastikan ibu tidak terlalu tertekan dengan misi menyusukan anak. 

Zah selalu kongsi dengan kawan-kawan untuk enjoy moment mereka sebagai ibu. Bagi zah amat mudah sebenarnya bila anak menyusu susu ibu ni, kadar bangun tidur sangat tidak terganggu..hehehe Zah akuinya apabila kini kena bangun sekali dua menyediakan EBM buat Irdina...

Namun, setelah berusaha bersungguh-sungguh (bukan berusaha sikit terus mengalah ya), jika ditakdirkan Allah kata rezeki anak setakat itu sahaja.Redhalah wahai bonda, usah rasakan satu kesalan mahupun rasa rendah diri. Orang yang berusaha dan bertawakal sangat tinggi darjatnya disisi Allah. Redha dengan rezeki setakat itu dan insyaAllah, jika dizinkan satu hari nanti pasti kita dapat menebusnya kembali :) - untuk itu just enjoy kehidupan kita sebagai ibu, enjoy tika anak merengek dan enjoy tika dalam pantang...usah mengeluh kepenatan kerana setiap titik susu yang kita usahakan untuk anak itu akan dibalas berlipat ganda pahala oleh Allah Maha Besar.



Salam Kasih,
Izzah

1 comment:

deena awanis said...

setuju ngn kak izzah. sokongan sgt diperlukan. kalau dina takde sokongan dr kak zah, dh lama dh dina give up BF kot..

walaupun rafique tak full bf, dah mix dengan fm kt BS skrg, tp masih bf dan insyaallah tak akan wean-off kan dia kecuali dia yang tak nak mimilk lg..=)

the bonding session is priceless!

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics