Friday, June 22, 2012

3rd Pregnancy

Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan.

*************************************************************

Asyik cerita pasal anak-anak dan penyusuan sampai lupa mahu update baby adik dalam perut :)
Alhamdulillah, sudah hampir memasuki bulan ke 5 mengandung si kecil ini
tak sabar mahu ke klinik esok untuk mengetahui jantina baby adik.

Siapa bilang keseronokan hamil tidak berapa ketara even anak ketiga :)
Zah dan suami sangat berteka teki
dia mahukan lelaki
dan Zah sendiri mahukan perempuan.
Namun, apapun kami berdua harapkan semuanya selamat.

Bila bercerita tentang kehamilan
semua ibu ada pro n kontra semasa memilih hospital bersalin
hajat hati teringin juga untuk bersalin di hospital kerajaan
tapi selepas melihat dan mendengar komen staff
yang pernah bersalin di Pulau Pinang..
terutama di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Bukit Mertajam
Zah berdoa biarlah kali ini kehamilan tiada masalah
dan Allah mudahkan Zah bersalin dengan doktor dan di hospital yang sama
Raziq Akmal dan Aqilah Irdina lahir.

Nampak macam zah bangkit isu bersalin di swasta atau kerajaan
semua ini adalah pilihan anda
dan hormatilah keputusan setiap ibu itu ya :)

Mood Bonda : Masih alah sikit-sikit sekarang, kadang-kadang makan tak lalu tapi usaha juga masukkan makanan berkhasiat dalam perut sebab masih breastfeed Aqilah Irdina..Perut dah nampak..Baju kurung masih muat, tapi kain tak leh kancing dah..hehehe suami dah tanya bila nak pakai baju mengandung sbb bos kat office dia yang beza seminggu je preggy dah start pakai uniform. Maybe nak start shopping baju baby dan kelengkapannya selepas kandungan mencecah 6 - 7 bulan, sebab sekarangpun nak jalan lama-lama tak larat...rasa penat nak tidur je waktu tengahari..kadang-kadang muntah, Aqilah dan Akmal mesti tengok kesian je kat bonda...belum mengidam apa-apa lagi.. dan rasanya masalah HB rendah masih jadi kawan karib..harap chq up lagi seminggu ni HB naikla.. lately malas nak makan vitamin..huhu tak baik betulkan.

tekak suka makan laksa, nasi kerabu dan nasi dagang.
semua dapat masa g terengganu ritu :)
nanti minggu depan ke kelantan leh makan nasi kerabu sedap lagi :p


Salam Kasih,
Izzah


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics