Thursday, June 21, 2012

Menyusu dengan yakin : Breastfeeding with Confidence


Alhamdulillah, bertambah lagi buku mengenai Penyusuan Susu Ibu untuk menambahkan pengetahuan dan maklumat Zah sebagai ibu yang masih menyusukan dan bakal menyusukan anak ketiga pula..

Kalian, Zah pernah bertetang mata dengan penulis buku ini. Pernah makan sekali dan juga berbual mengenai penyusuan susu ibu.


Penyusuan Susu Ibu ini nampak mudah, dan sebenarnya memang mudah..Namun, ada juga waktunya perlu persediaan mental dan fizikal :)
Zah akui semasa anak sulung, Zah tidak kuat ketika di hospital
menerima apa sahaja cadangan nurse..namun, setelah belajar dari kesilapan itu
Irdina lahir dan membesar dengan susu bondanya ini..Alhamdulillah.

Fakta dari muka surat pertama buku ini :

Sejak 6 minggu mengandung, "milk lines", 
dalam tisu pada payudara sudah mula bercambah, 
InsyaAllag, susu mula ada sejak 12 minggu mengandung

Zah kupas sikit beberapa isu mengenai persediaan penyusuan 
untuk lebih yakin
  • Kenali payudara anda
  • Posisi dan lekapan - 
  • Kaedah memerah - Perahan tangan dan pump payudara
  • Bina jaringan penyusuan - Peer Counselor,Kaunselor Laktasi, Konsultan Laktasi.

Kunci kejayaan untuk berjaya semasa menyusukan permata hati

  • Ibu kena betul-betul mahu menyusukan anak 
  • Ibu akan ada sekurang-kurangnya satu payudara untuk menyusukan anak 
  • Ibu komited untuk menyelesaikan masalah semasa menyusu
  • Pasangan kena sokong dan sentiasa berada disisi isteri
  • Memiliki keluarga dan persekitaran yang menyokong
  • Mempunyai jaringan  Peer Counselor,Kaunselor Laktasi atau Konsultan Laktasi yang memiliki kemahiran dan pengetahuan menyelesaikan masalah penyusuan anda.


Nanti zah share lagi, buku tak habis baca lagi...:)

Salam Kasih,
Izzah

1 comment:

Aishah said...

Ish baju purple tu somak jer... :p

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics