Wednesday, June 20, 2012

Mengajar Anak Petah Bercakap

Nurul Aqilah Irdina yang petah bercakap
Usianya kini baru 19 bulan :)
Alhamdulillah, Aqilah Irdina sekarang sangat petah bercakap..mewarisi kepetahan bondanya kah?...Allahuakbar...seronok juga sebenarnya, namun ada juga patah-patah perkataan yang bonda dan ayah perlu bertanya kembali kepada Aqilah Irdina..dan Irdina akan senang hati mengulang kembali patah-patah ayatnya dan mengiyakan jika pemahaman bonda dan ayahnya betul atau maksudnya sampai kepada kami.

Semasa ke Terengganu, Zah jatuh hati dengan anak LC Nora Herni yang sangat petah bercakap, seminggu menegur gadis comel bernama Iman..buat Zah jatuh cinta. Sempat bertanya tips mengajar anak bercakap dengan betul dan tiada kepelatan langsung, Kak Herni berkata bahawa bercakaplah dengan anak menggunakan Bahasa Melayu Tulen, tidak menggunakan bahasa bayi yakni pelat dan jangan campurkan dua bahasa didalam satu masa semasa bercakap. Sama ada hanya berbahasa Melayu atau hanya berbahasa Inggeris sahaja.

Muhammad Raziq Akmal berusia 3 tahun 4 bulan
sudah mula bercakap dan petah
cuma bahasanya tidak lurus.
Zah sebenarnya sedikit risau apabila anak sulung agak pelat semasa bercakap, namun apakan daya kami ibu bapa yang bekerja hanya ada masa singkat dengan anak-anak dirumah. Namun alhamdulillah, Raziq Akmal biarpun dia pelat Zah perasan yang sedikit demi sedikit tatabahasa Akmal sudah boleh dipuji.

Apabila mengumpul tips-tips membesarkan anak-anak ini, setelah diaplikasikan dalam kehidupan baru Zah sedar yang sebenarnya kedua ibu dan bapa Zah memang sudah amalkan cara ini sedari kami kecil lagi. Walaupun Zah orang Sabah, ayah tidak pernah mengajar Zah dialek bahasa suku kaum suluk kepada kami semua. Kesannya, kami adik-beradik berbahasa dengan betul :) - Alhamdulillah, Zah semasa peperiksaan sering memperolehi kepujian semasa menulis.

Kalian, mengajar anak memang kena dari kecil..lebih mudah rasanya..banyak lagi yang perlu diajar, selain ajar anak bercakap, ajar anak bersopan, ajar anak memaafkan, ajar anak menerima, dan lain-lain lagi. Zah masih dalam proses mendidik anak-anak kecil kami ni yang kadangkala buat bonda dan ayah naik HIJAU.

*Akmal lahir pada 23 Februari 2009, rupanya semasa berkursus dengan Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah telah memberikan fakta bahawa mana-mana yang lahir dari 18-23 memiliki dua personaliti. 

Kalian bagaimana? Anak umur berapa akan petah bercakap menggunakan perkataan yang betul?

Salam Kasih,
Izzah

1 comment:

~farah~ said...

syeefa cepat becakap, mcm2 nk di potpetkan mcm org tua. adik baru ckp sepatah2, tp apa org ckp faham pulak dia :P

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics