Friday, June 01, 2012

Satu Pencapaian : Master Breast Feeding Mother

Alhamdulillah, jauh perjalanan penyusuan Zah dengan Irdina..anak kedua kami suami isteri, ada susah ada senang ada air mata gembira, sedih dan penuh emosi...namun sangat puas...sangat gembira dan rasanya mahu beritahu pada semua wanita yang merancang untuk berkahwin, mahukan anak dan sedang hamil mahupun sesiapa sahaja bahawa menyusukan anak dengan susu sendiri adalah sesuatu yang sangat-sangat melengkapkan diri Zah as a mom..Kesimpulannya, cuba dan teruslah mencuba menyusukan zuriat kita.


Fresh From Oven : Gambar di ambil jam 6.30 pagi tadi

Kalian, susah senang penyusuan ini sebenarnya sesuatu yang susah mahu digambarkan dengan perkataan...tipu kalau Zah kata Zah tak penat..tapi jujurnya Zah enjoy dengan life Zah...bangun tengah malam, balik kerja belum sempat mandi lagi Irdina dah merengek nak susu...hujung minggu yang rasanya 8 dari 10 aktiviti adalah lebih banyak membelek Irdina semasa menyusu...huhuhu kalau dikira, lagi 6 bulan cukup 2 tahun pertalian zah dengan Irdina..tapi rasa macam tak bersedia pula..hahaha nasib baik ada baby adik yang akan meneruskan aktiviti penyusuan Zah ini, alhamdulillah...insyaAllah..moga segalanya dipermudahkan.


Tidur selepas kenyang menyusu last weekend
semasa dalam perjalanan ke Kuala Kangsar

Bagaimana mahu berjaya menyusukan anak setelah gagal menyusukan secara terus pada anak pertama?

Jawapan Zah mudah, ibu kena cekal dan kuat...kena mahu, kongsi dengan suami keinginan itu...dan pastinya Suami teman sebantal kita akan sentiasa menyokong isteri mereka yang mahu berikan yang terbaik kepada zuriatnya.

Pengalaman hanya menjadi Exclusive Pumping selama 15 bulan dengan anak pertama buat Zah nekad mahu pastikan perjalanan kali kedua yang diizinkan Allah ini berjaya, dari sekecil-kecil fakta sehinggalah ke besar-besar fakta Zah pelajari, Zah korek dan gali...serta selebihnya Zah berdoa pada Allah, bercakap pada baby hari-hari yang dia mesti menyusu dengan bonda.

Attachment kami bermula selepas Irdina lahir, boleh baca di sini, kemudian diduga dengan Jaundice yang agak panjang...tapi Zah teruskan sehingga berjaya lalui 6 bulan penyusuan, teruskan lagi sehingga 12 bulan dan isnin ini cukuplah 18 bulan penyusuan dengan Irdina si manis kami suami isteri. 

Rahsia susu bertahan sehingga hari ini walaupun sedang hamil 14 minggu.

Orang pernah kata yang zah obses dengan pump susu sebab Zah pernah jadi EP, itu orang kata. Jawapan Zah pula adalah, Zah lebih obses menyusukan Irdina secara terus, pump hanya digunakan ketika bekerja, berjauhan dengan Irdina dan ketika Irdina tidak mampu nak menghabiskan 20 oz susu sekali gus. 

20 Oz?.....akibat daripada kekerapan menyusukan secara efektif, dan berdasarkan permintaan Irdina serta tiada jadual khas...sampai setahun Zah masih boleh hasilkan 40oz susu perahan semasa bekerja dengan hanya 3 kali perah sahaja..


Zah selalu dapat 20 oz waktu pagi, sebab Irdina agak kerap bangun waktu malam menyebabkan demand pada susu tu melimpah ruah..jadi waktu hujung minggu biasanya Zah mesti akan perah sekali waktu pagi tu...

Oleh itu, apa yang 'orang kata' itu tidak benar dan Zah mengatakan bahawa penyusuan tanpa jadual dan demand yang sangat tinggi dari Irdina buat susu Zah mampu bertahan, alhamdulillah...

Cabaran Penyusuan Semasa Hamil

Alhamdulillah, keinginan untuk tandem nursing nampak gayanya dimakbulkan Allah...Jujur zah akui, awal-awal kehamilan adalah sedikit sukar, payudara yang semakin sensitif dan alahan yang maha hebat buat kadang-kadang Zah menangis pada suami. Tetapi bila lihat kemahuan Irdina yang tidak putus buat suami minta Zah terus sabar. Perpisahan mengejut tidak boleh Zah lalui..rasa macam kehilangan maha hebat, akhirnya Zah nekad meneruskan rutin penyusuan itu..kerana Zah sedar, usia Irdina kini bukanlah memerlukan susu ibu semata-mata, oleh kerana Irdina hanya mahu lepaskan 'gian' sahaja maka Zah tetap benarkan dan teruskan penyusuan dengan Irdina. Ketidakselesaan semasa menyusu sedikit terasa memandangkan perut yang dah membesar setiap minggu, tapi dengan posisi yang betul, Zah dan Irdina selesa semasa menyusu.


Abang Long minggu lepas kata rindukan bonda
dia request untuk menyusu dan duduk atas peha bonda

Kalian, lihatlah bonding susu ibu antara Zah dan anak-anak, even medium pemberian susu ibu itu berbeza, tetapi keakraban kami luar jangka sehinggakan suami sering cemburu dengan anak-anak :)...tetapi cemburu sayanglah bukan cemburu betul-betul..hehehehe

Nota Izzah : Genap setahun setengah menyusukan Irdina isnin ini, Zah terpaksa tinggalkan anak-anak sehingga ahad pula, insyaAllah akan menghadiri kursus Kaunseling Penyusuan Susu Ibu 40 Jam di Terengganu, doakan Zah sihat ya :).. 

Salam Kasih,
Izzah
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor




4 comments:

~najwa~ said...

Love reading ur entry zah. X jemu,haha.

Slmt berkursus....safe journey.

izzah azfar said...

tq doc. najwa :)
kadang entry merapu juga..hehehe

Sidratul Muntaha said...

masih menyususkan ara..
even dah tak pump
aqil dah masuk 5 thun tpi bial dtg aura nak mimik..
dia akan mintak even cuma mentel2 je sbb hormat bahagian adik dia..

izzah azfar said...

zah pun dah berhenti memerah sbb nak jaga kandungan tu...tp masih direct feed irdina..:)

teruskan usaha ye dear!

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics