Thursday, June 14, 2012

Irdina tak mahu berhenti lagi

Zah ingat, selepas seminggu meninggalkan Irdina..dia akan wean off dari breastfeed secara terus dengan Zah...huhuhu tapi, bonding yakni talian antara kami berdua sangat kuat....

Pada 4 Jun 2012 - Zah tidur di rumah pengasuh Irdina sebab kena bertolak awal pagi ke airport...malam tu Irdina menyusu sekejap sahaja..lebih kurang jam 12.00 malam dia dah masuk bilik ngan pengasuh..nak tidur dengan pengasuh katanya...

Zah balik Penang pada 10 Jun 2012 - tapi sampai kat Airport Penang Jam 1.00 pagi yakni 11 Jun 2012, suami kata tak perlulah balik ke rumah sebab dah lewat sangat dan dia ajak Zah stay kat hotel sahaja..
Maknanya zah tinggalkan Irdina 7 hari..seminggu..

keajaiban sepanjang kursus kaunseling penyusuan susu ibu kali ini adalah Zah dikelilingi oleh ibu yang memerah dan menyusukan anak mereka.


Salah seorang rakan laktasi saya
LC Zainab dari Sabah yang gigih memerah susu untuk baby Rayyannya..
LC Imah Zmn - juga dari Sabah..
tidak berpisah dengan Breastpump dan Cooler beg yang menggoda Zah itu..
Bekalan susu perahan dari teman sebilik yang sangat cekal orangnya
LC Zilal Shaari - yang sudah memerah hampir 19-20 bulan kalau Zah tak silap
masih memerah dan kekal dengan waktu yang diperlukan untuk memastikan ransangan susunya kekal walau berjauhan dari anaknya..
 Hati kecil Zah cemburu..hehehe kalau bukan Zah sedang preggy mungkin Zah juga seperti mereka..namun, Zah sedar Allah mengatur semua jalan kehidupan kita ni dengan indah..hanya Dia yang tahukan?
Tapi satu keajaiban telah berlaku
hari pertama sahaja semasa seronok berkursus tiba-tiba Zah rasakan LDR
iaitu lonjakan susu, susu tiba-tiba rasa penuh dan zah terpaksa buat perahan tangan
sebab takut bengkak...huhuh kalian, zah tengah preggy..mana mungkin rasakan LDR..tp kuasa Allah..ia terjadi..



Irdina demam panas sedikit..tp masih aktif kata pengasuh...
Zah sampai je dia terus peluk dan terkam bonda..
macam biasa dia ada request..lepas peluk dan cium kuat-kuat
dia nak susu..hehehe mana boleh lepas susu ni dari dia..


Alhamdulillah, gembira dan syukur Zah..ingatkan dia nak wean off dah
tp rupanya tidak...seminggu ditinggalkan...kadang-kadang Irdina minta susu dari pengasuhnya....rindu benar kata pengasuh terhadap susu bonda...



Irdina puas menyusu...ada kah susu selepas seminggu ditinggalkan?
Alhamdulillah masih ada...kenapa?
Sebab Zah sedang preggy 15 minggu
dan susu awal yakni kolestrum sudah ada semenjak kita
preggy 12 minggu tau!
jadi istilah tiada susu itu adalah mitos semata-mata...




Kalian, Zah pernah tidak berjaya menyusukan anak secara terus..
Namun, usaha tidak berhenti...zah mampu jadi EP mom's selama 15 bulan..
Tapi dengan Irdina Zah berupaya menyusukan secara terus...

Semalam, semasa mengambil imunisasi 18 bulan,
nurse sempat berkata yang Irdina ada potensi untuk
menyusu sampai 2 tahun lebih...
dan kata nurse lagi...ada kemungkinan Zah akan tandem nursing...
hahaha..itu pandangan orang..
perasaan Zah?
tiada target untuk berhenti sebenarnya..

Masa kursus kat terengganu juga Zah ada lihat seorang ibu
menyusukan anaknya yang berumur 4 tahun, dan adiknya yang berumur setahun setengah...sungguh comel..sbb yang banyak menyusu adalah kakak..bukan adik..
adik relaks je main, menari...kakak..siap nangis lagi nak susu mommy..hehehe cute!

Kesimpulan : Weaning adalah satu proses semulajadi...bermula selepas anak diperkenalkan dengan solid food...susu ibu perlu diberikan sepenuhnya selama 6 bulan pertama yakni 180 hari secara eksklusif tanpa apa-apa suplement/air masak mahupun makanan pejal....selepas itu adalah wajib untuk ibu memperkenalkan makanan kepada anak mereka...:) - weaning tak perlu paksaan pada zah supaya tidak mengganggu emosi anak itu sendiri...

Salam Kasih,

Izzah Azfar,
Certified Lactation Counselor
Peer Counselor
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

1 comment:

nieda said...

saya pun tgh pregnant 20weeks. My daughter masihg bf walaupun umur dia dh 3 tahun lebih.pkan mmg nk wean of tp amatlah.,just go the flow ajelah walaupun rasanya susu dh x byk

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics