Tuesday, June 12, 2012

Cloth Diaper Pilihan Ibu : Grovia

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke 16, bermakna sudah 4 bulan zah mengandung anak ketiga :) - nawaitu untuk meneruskan sentuhan 'parenting attachment' di dalam membesarkan anak-anak akan diteruskan.

Kenapa Zah berkeinginan begitu?

Pada Zah dan suami, membesarkan 2 anak yang rapat dengan sentuhan keibubapaan alami melalui penyusuan susu ibu dan pemakaian cloth diaper misalnya sangat-sangat membantu kami.

Dari segi kewangan memang ketara hasilnya, setiap bulan kami berdua tidak pening memikirkan 'allocation' untuk perbelanjaan susu dan lampin pakai buang yang dilihat semakin hari semakin membebankan harganya.

Zah jarang menambah koleksi Cloth Diaper anak-anak ni, agak-agak harga sesuai dengan poket baru lah zah tambah, tapi memang jarangla..pakai jelah apa yang ada, irdina dan akmal berkongsi je koleksi Cloth Diaper mereka.

Kebetulan, baru-baru ni dapat duit pelarasan gaji...Zah gunakan duit tu untuk beli tambahan Cloth Diaper untuk baby adik ni...hehehe...sebab hari tu ada buat wishlist nak tambah CD untuk new born...makanya zah dah ada 4 koleksi dah..kalau ikut pengalaman yang lepas, CD new born boleh pakai dalam 3 bulan je kalau budak tu jenis chubby mcm Irdina...jadi zah tak amik new born tp zah amik yang leh laras CD dia, dan cutting kecik.

Grovia ni harga dia memang boleh tahan jugalah..tp kualiti dia memang superb la...walau dia pakai velcro, tapi velcro dia memang tahan dari CD biasa...kalau tak silap Zah, anak kak Rozy - husna alah dengan synthetic fibre..maka dia juga memilih jenama ini :)

Cerita kak Rozy : GrOViA CoNvErTeD

Zah masa Irdina lahir dulu ada beli dua design ni..:)






Sudah cuba pakaikan Irdina since dia baby lagi...mean dalam pantang 7-8 hari kalau tak silap...




comel-comel je dengan Irdina, zah jarang guna CD Grovia ni..sebab harga mahalkan...hehehe maka Zah akan guna kalau g jalan-jalan ke, g kenduri ke...so, sampai sekarang, masih elok comel je CD grovia Irdina. Maka untuk kelahiran ketiga ni zah tambah lagi koleksi CD jenama Grovia ni...


Oleh kerana, pilihan design yang boleh dipakai oleh baby girl mahupun boy..zah rembat semua..hehehe so yang pink tu..kira nasiblah ehh if dalam perut ni baby boy pula...kita bagi kakak Irdina lah yang pakai.

Tapi, kakak Irdina dah start nak potty training...hehehe banyaklah koleksi baby adik nanti :)

Cerita tentang cloth diaper saya di link ini - Cloth Diaper

1 comment:

:: noremy bte rahmat :: said...

izzah,nor gunakan CD gak,tp brand biasa2 je..ok tak?

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics