Tuesday, June 19, 2012

Bagaimana Mahu Bertahan Semasa Menyusukan Anak



Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233:


" Para ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun penuh iaitu bayi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu itu dengan cara yang makruf. Seseorang itu tidak dibebankan melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seseorang ibu itu menderita sengsara kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya. Dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anaknya disusukan oleh orang lain maka tidak ada dosa bagi kamu memberi pembayaran menurut yang patut. Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." ( Al- Baqarah: 233 )



************************************************************************

Kalian,

Zah bukanlah terlalu pakar dengan dunia penyusuan, tetapi pengalaman lalu cukup membuatkan Zah menjadi TABAH dan KUAT untuk mahu menyusukan anak-anak Zah dan suami dengan susu ibu. 

Kalau kalian tanya sama ada menjadi Exclusic Pumping (EP) atau Exclusive Breast Feeding  mana yang lebih susah, sudah tentu Zah akan jawap..jika diberi pilihan semasa awal dahulu Zah mahu untuk menyusu secara terus anak sulung Zah iaitu Akmal.

Mengapa?

Menjadi EP adalah sesuatu yang sangat-sangat perlukan komitmen dan kesanggupan memberikan sepenuh perhatian dalam apa sahaja yang dilakukan. Kena patuh dengan jadual memerah dan juga masa yang tetap setiap hari.

Moment semasa menjadi EP Mom's dahulu :)
Semasa menjadi EP Mom's, Zah perlu bangun tidur setiap hari untuk memerah, untuk menyediakan EBM perahan kepada Akmal dan juga Zah perlu pandai uruskan EBM agar sentiasa cukup dengan keperluan Akmal setiap hari.

Menangis susu tak cukup, mencari suplement dan makanan-makanan yang membantu menggalakkan susu sudah jadi rutin Zah sebagai ibu. Alhamdulillah, penat jerih itu Zah lalui 15 bulan lamanya sehinggalah disahkan mengandung kali ke 2.

Menjadi EP tidak membolehkan Zah meneruskan penyusuan semasa mengandung, terpaksa berhenti memerah semasa bulan ke tiga dan tika itu hanya Allah yang tahu perasaan Zah bila Akmal menolak untuk minum susu selain susu ibu.


Namun, tekad Zah tidak berhenti disitu...melalui kursus-kursus tertentu dan pembacaan Zah tambahkan maklumat mengenai penyusuan supaya berjaya untuk menyusukan secara terus dengan anak kedua kami - Aqilah Irdina.

Exclusive Breast Feeding

Alhamdulillah, sejurus Aqilah Irdina lahir...dia boleh menyusu dengan baik...namun, pengalaman indah itu tidak terus indah...ada waktunya juga Aqilah Irdina menyusu dengan lama..bukan kerna susu tak cukup tapi lebih kepada mahu bergayut.

Masalah mengempeng/bergayut terlalu lama bukan menjadi persoalan susu cukup atau tidak, selain anak kecil kita mahukan kehangatan bondanya, dia juga rasa lebih selamat. Bagi mengatasi rasa penat ini, apa yang Zah buat adalah dengan bantuan 'Breastfeeding Pillow' hasil jahitan sendiri juga posisi berbaring semasa menyusukan.

Breastfeeding Pillow : Jahitan sendiri :)

Kalian, 

Usah gundah bila sedikit penat semasa menyusukan anak diwaktu berpantang...usah merasa terbeban dengan tanggungjawap dengan menyusukan anak. Sebab menyusukan anak bukanlah seumur hidup kita sebagai ibu, paling lama 2 tahun dan mungkin lebih, selepas anak itu membesar...dia bukan mengempeng macam bayi lagi.

Aqilah Irdina sendiri sangat suka mengempeng semasa hujung minggu, sekurang-kurangnya kebaikan mengempeng ini adalah susu kita akan bertambah sebab permintaan itu ada :). Buktinya, Alhamdulillah susu perahan Zah dapat memenuhi keperluan anak sulung hampir setahun dan Aqilah Irdina sehingga kini, Alhamdulillah, harapnya susu perahan tu cukuplah sampai Zah bersalin nanti.

Kesimpulannya, menyusukan anak adalah sesuatu yang indah, penat hanya seketika bukan selamanya :) - Zah kagum dengan ibu-ibu hebat yang berterusan menyusukan anak mereka even dah sampai 2 tahun...jatuh bangun mereka hanya Allah yang akan membalasnya. Hati kena kental, suplement bukan jawapan selepas susu berkurangan, kena lihat jadual memerah, kekerapan menyusukan anak, makanan yang ibu ambil, air yang ibu minum, persekitaran ibu, masalah ibu, stress, doa pada Allah. Jangan terlalu push diri semasa menyusu ni..just go with the flow dan bertawakal setelah berusaha ya :).

I Love moment indah semasa menyusu
sebab masa tu, rasa sesuatu mengalir pada anak
rasa anak tu membesar dengan apa yang Zah hasilkan :)
Aqilah Irdina menyusu susu bonda @ 19 months

Salam Kasih,
Izzah

2 comments:

N.Aima K said...

terharu pula

Nanak said...

zah, anak i menyusu sampai 2y2m..skng ni kdg2 dia selak baju dan kiss2 breast..hehehe..rindu kot..dan i lg rindu moment bf kan dia..
takpe,nti baby baru lahir, i akan teruskn bf balik..

take care zah..:)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics