Wednesday, June 13, 2012

Alhamdulillah : Certified Lactation Counselor

Syukur Alhamdulillah, Zah mampu menghabiskan kursus kaunseling penyusuan susu ibu selama 40 jam iaitu dari 5 Jun 2012 sehingga 10 Jun 2012 bertempat di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu anjuran Pusat Laktasi Kebangsaan dan D Mom's N Baby Link...

Syukur juga kursus ini Zah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri, dari pengankutan ke sana sehinggalah tempat tinggal dan juga kos berkursus.
Mungkin rezeki ini Allah sudah tulis awal-awal pada Zah, insyaAllah ilmu yang diperolehi akan digunakan sepenuhnya membantu kawan-kawan dipejabat khasnya dan boleh juga digunakan untuk mana-mana ibu yang memerlukan. :)


Kursus ini dimulakan seawal 8.00 pagi dan hanya habis jam 11.00 malam, memang padat...namun kursus ini sangat-sangat menyeronokkan dan bermanfaat. hari pertama kursus sahaja, Zah yang sudah mengandung 15 minggu boleh terasa LDR, iaitu susu tiba-tiba bengkak...hormon oksitosin banyak semasa menimba ilmu yang memang Zah sangat passion ni agaknya..huhuhu


 Selain daripada modul yang diberikan, Zah dan rakan Kaunselor Laktasi yang laian juga diminta membuat payudara tiruan dan patung bayi untuk memudahkan sesi praktikal kami...hehehe terserlah lah skill kraftangan pula sebab dengan fiber, stokin, tuala sahaja sudah terbentuk payudara tiruan dan patung bayi ini :)




Sesungguhnya, dikelilingi oleh aura-aura positif buat Zah segar sepanjang kursus ini. Alhamdulillah walau sedikit lelah tetapi kami semua gigih mendengar ilmu dari pakar-pakar penyusuan seperti Puan Siti Mariam, Puan Che Aini, Puan Lita, Puan Rokiah, Puan Lynda, Doktor Anisa, Doktor Zul dan juga selingan ilmu dari peserta sendiri yang pada Zah sangat-sangat berbaloi-baloi ilmunya.


Syukur juga kerana Kursus ini Zah banyak belajar mengenai skill kaunseling yang sebenarnya perlu dididik dalam diri semua kaunselor, baik kaunselor laktasi mahupun kaunselor kaunseling lain...sesungguhnya pengalaman yang dikutip selama 6 hari 5 malam disana dapat menambahkan lagi pengetahuan, maklumat yang tepat dan jaringan sokongan dari semua agensi, Hospital Kerajaan, Swasta, NGO dan lain-lain. Yang mana semua hasrat adalah untuk mempromosikan penyusuan susu ibu di kalangan rakyat Malaysia.


Kalian, kursus ini juga memberi peluang untuk Zah melawat ibu-ibu di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Dua hari melawat ke wad yang berbeza betul-betul buat Zah bersyukur dengan kelebihan yang Allah berikan..sesungguhnya setiap ibu yang berada semasa lawatan Zah itu sangat kuat dan gigih.

Sokongan sangat-sangat perlu di awal kelahiran, ketika jam-jam pertama bersama bayi, tanpa sokongan dan bantuan Zah rasa hanya iu yang kuat boleh berjaya.. Semasa sesi lawatan juga, Zah bersama rakan-rakan berpeluang membantu ibu-ibu membetulkan posisi penyusuan yang sebenar, cara perlekapan yang betul dan beberapa cadangan dan dorongan untuk mereka berjaya.

Ibu, anda pasti berjaya menyusukan anak-anak kita, percayalah..


Alhamdulillah, dari Peer Couselor dalam Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association, kini Zah bergelar Certified Lactation Counselor..Namun, pada Zah..siapapun kita sama ada sudah pakar atau tidak, selepas bersalin kita adalah ibu yang perlukan sokongan...kita adalah ibu yang perlukan bantuan...

Salam Kasih,

Izzah Azfar,
Certified Lactation Counselor
Peer Counselor
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

3 comments:

wannorashikin said...

Salam,

Tahniah zah bergelar kaunselor laktasi.

p/s: Sedih gak sebenarnya Kak wan tak dapat join kali ni.Keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.Doakan lain kali Kak Wan dapat yea

mamafiza said...

Assalamualaikum wbt buat bonda rupawan yang mengandung, Cik Zah yang dikasihi ^w^

Cik LC Zah, tahniah, tahniah, tahniah! Tahniah di atas kejayaan demi demi kejayaan yang dirangkul dengan semangat juangmu yang sangat ku kagumi, Subhanallah :D

Jutaan terima kasih kerana sudi menjadi teman yang baik buat saya & rakan-rakan yang lain sepanjang kursus ini berjalan. Adalah menjadi harapan saya agar kita dapat bertemu lagi di masa hadapan & sesi membeli-belah bersama-sama dengan "Makcik Fiza" di lorong & segenap ceruk jalanan >___<

Moga Tuhan sentiasa membalas yang terindah buatmu sekeluarga Cik Zah, Amin~


Dari Hati,
mamafiza >_<
LittleKittle.com

Kak Engku said...

Assalamualaikum Zah, Kak Engku ambik kursus nie kat Kota Baharu, masa kat Kuala Terengganu Kak Engku tak dapat nak pergi sebab nak bersalin. Kalau tak mesti jumpe ngan Zah hihihi.

Nie jeles nie gambor Pn.Siti ada kat sini, kami dalam satu persatuan yg sama. Akak nie kire bendahari Pn. Siti. Lepas nie boleh la kita berkongsi kongsi ilmu lak ye. Ok jumpe lagi.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics