Monday, June 25, 2012

3rd Pregnancy : Uri dibawah dan baby adik kecil seminggu

Sabtu lepas, Zah dan suami bawa Akmal dan Irdina ke KS Wan & Liow Maternity Centre, hajat hati mahu berkongsi kegembiraan mengetahu jantina adik ketiga mereka ini. Sebab kalau ikut Dr. Wan, pemeriksaan kali ni, Zah dah boleh tahu jantina baby adik.

Abang Long Akmal dan Kakak Irdina yang teruja ikut bonda ke hospital
baik elok je duduk atas kerusi :)


Namun, kita hanya merancang dan Allah yang maha kuasa yang menentukan segalanya. Hampir setengah jam Dr. Liow scan baby adik, jenuh bonda pusing kiri kanan, baby adik sedang elok kepit peha dia...huhuhu...kali ni dia tak tendang sangat...tapi baby adik macam malu-malu pula...:)

Cuma Dr. Liow kata, baby adik kecil seminggu dari minggu sepatutnya. Tapi sebab masih awal, Dr. Liow kata usah risau, jaga pemakanan dan positif..huhuhu Zah ni macam biasa risau juga...adakah sebab selera makan yang memang tiada kebelakangan ini atau makanan yang Zah makan tak berkhasiat, tp Dr. Liow kata jangan risau...masih awal dan baby adik masih boleh membesar bak johan :).

Oh ye, Dr. Liow juga kata - uri Zah masih kat bawah...tp macam berat baby adik juga, tiada yang perlu dirisaukan, insyaAllah uri akan naik minggu ke minggu nanti. 
Boleh baca mengenai uri di bawah di link ini. - 

Memandangkan baby adik yang kecil comel ni tak berapa besar sangat, due date baby adik juga berubah lagi...huhuhu dari ada tiga tarikh, sekarang jadi 4 tarikh....harap-harap baby adik lahir on time, tak lebih tak kurang...kalau dia lahir ngam-ngam hari lahir kakak Irdina pun ok :)

Reaksi suami? minta Zah jangan susah hati, jaga diri dan banyakkan rehat sebab kalau uri kat bawah tu kadang-kadang boleh berlaku bleeding juga..Sampai ada waktu, terpaksa bed rest sahaja...makanya Zah hujung minggu ritu adalah berehat dan baring sahaja..semua urusan rumah diselesaikan oleh suami..Alhamdulillah, nasib baik suami nak tolong kalau tak jenuh juga Zah..

Btw, kadang-kadang kita rasa kitalah yang paling diuji, tapi sebenarnya ada lagi orang lain yang lebih besar ujian dari Allah itu. Takziah buat teman Zah yang kehilangan bayi diusia 12 minggu, entah Zah tak mampu nak menulis di FB nya sekalipun, sebab Zah tau betapa dia seronok menerima kehadiran anak ketiga beliau. Semoga beliau kuat.

Kalian..doakan Zah ye.

Salam Kasih,
Izzah

6 comments:

pizet said...

moga dimudahkan segala urusan ye kak....

izzah azfar said...

insyaAllah pizert :)

nieda said...

Take care ya.,same case with me..kedudukan uri bawah sedikit,selalu bleeding.,mula2mmg sedih tp kita kena kuat utk baby

~najwa~ said...

Take care zah. Hopefully by 28weeks uri akan naik.

muna said...

Saya sendiri 3rd pregnancy kena kes pvbleeding..smpai perut 20 mnggu baru ok..skrg ni kandungan masuk 7 bln, jadi placenta previa plak..tp saya kuatkan hati, sbb kalau bb ni bkn rezeki saya, dah lama dah dia luruh..kan? so, asalkan bb sihat, ok ajer..stkt ni ok so far..tp encik suami kena bsabar byk sbb kandungan ni sgt manja n saya perlu dilayan mcm tuan puteri :=)

http://www.mummysnote.com

zehan said...

banyak info dlm blog ni...anyway, saya dh folo blog awak dan salam perkenalan yea...

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics