Wednesday, June 27, 2012

3rd Pregnancy : Sore Throat

ubat dan MC Kerajaan - sumber : http://www.cikgunaman.com/ 


Emm, sebenarnya Zah dah mula rasa tekak perit sabtu lepas, mungkin banyak sangat minum air oren (teringin punya pasal) dan kurang minum air masak seperti selalu serta cuaca yang teruk di Penang, sakit tekak ini berlanjutan sehingga hari ini.

Semalam agak teruk lagi bila muntah dengan teruk selepas makan, sampai tekak dan badan dah lemah longlai dibuatnya. Pagi ni ajak suami ke Klinik Kesihatan Berapit, sebab tengah mengandung dan rasa was-was if ke klinik swasta...

Namun, hajat hati mendapat ubat yang bersesuaian tidak diperolehi, Doktor tu chq dan rasa badan Zah sedikit panas 38.5c, dia just bagi panadol dan ubat batuk..ubat tekak kena g farmasi dan beli sendiri katanya sebab di KK tidak ada ubat tersebut...

Zah terkejut juga dan rasa ala, sakit sangat dah ni Doctor, nak bercakappun takde suara dah...Doktor tu kata memang takde ubat tapi saya bagi awak MC, makan panadol dan ubat batuk ni pastu rehat kat umah...dia minta zah beli ubat kat farmasi je...:( - takpelah amik MC dengan rela hati dan rehat sahaja di rumah nampak gayanya..


Dan hari ni, Zah MC dan ada kat rumah...nak rehat jap..lepas makan ubat tadi rasa macam tekak tu dah kurang sikit peritnya...air masak suampun dah minum banyak dah...legalah cepat wahai sakit tekak, sebab InsyaAllah Julai ini ada event besar peringkat Negeri juga zah akan jadi Pengacara Majlis..alhamdulillah, bos kata zah dah establish di Jabatan, maka jangan lepaskan peluang ini.

Berbalik pada sakit tekak yang sangat-sangat sakit ni, zah harap ok ptg ni...sbb nak jahit something...heheheh will be share it nanti ya..mahu tidur sat...

p/s : Jom Sertai Acara Peringkat Dunia - The Big Latch On by Northern Region Mom's

Salam Kasih,
Izzah

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics