Monday, June 04, 2012

3rd Pregnancy : Jumpa Dr. Wan yang baik


Last week Zah ke KS Wan and Liow Maternity Centre, pemeriksaan kedua selepas mengesahkan hadirnya baby adik dalam rahim bonda...alhamdulillah semuanya menunjukkan perkembangan positif.

Kalau kalian lihat buku merah kat dalam gambar di atas tu, buku tu sejarah mengandung Zah dari 2008 sehingga lah 2012...sejarah perkongsian breastfeeding dream juga tertulis disitu...

Mahu berjaya menyusukan anak even bersalin di swasta adalah sanggup meminta..berkeras dan sanggup tanggung risiko...hahaha zah kata kat doktor, saya tahu polisi hospital yang tidak membenarkan bayi bersama bonda selepas bersalin. Iaitu bayi kena letak dalam nursery atas dasar keselmatan. Saya dan suami sanggup tanggung risiko...alhamdulillah, setelah didesak bertalu-talu setiap bulan semasa mengandung irdina dulu...Irdina dapat terus dengan bonda sejurus dia dilahirkan... InsyaAllah untuk adik dia nipun Zah akan berkeras juga..semoga dipermudahkanlah..

Btw : 14 minggu dan doktor dah nampak gender tapi masih mahu rahsiakan sebab mahu tunggu suami ada bersama...hahaha suami takde masa tu, ke main doktor ni buat Zah debar-debar pula :)

Hari ni ada chq up dengan Klinik Kesihatan Kubang Ulu pula...emm..harap-harap HB maintainlah ye...hehehehe

Salam Kasih,
Izzah

1 comment:

~farah~ said...

bestnya :) nak teka boboi boleh? hehe

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics