Monday, June 04, 2012

30 Tahun : Angka Menarik Buat Kanda



emm...alhamdulillah, kanda sehati sejiwa saya bertambah lagi usianya hari ini.. syukur Ya Allah kerana menulis takdir untuk saya mengenalinya.

Saya selalu usik suami, mahu hadiahkan sebiji kek yang ada angka 30 di atasnya.. emm agak-agak suprise saya menjadi tak hari ini?


dan dia selalu kata, baru menghampiri 30 sahaja tidak bermakna apa-apa..
hahaha.. abang nombor dan usia sangat bermakna ye kerana kamu sudah dewasa, punya 3 anak, punya isteri dan punya kerjaya serta sudah punya harta sendiri (rumah dan kereta)..alhamdulillah..rezeki melimpah-limpah untuk kamu wahai kanda!


Semoga kanda terus berjaya dunia akhirat, banyak-banyak sabar menjaga rumah tangga dan jangan lupa anak bini ya..huhuhu oh ya jangan terikut-ikut gaya orang lain yang makin tua makin menjadi-jadi perangai dunia mereka...ingat akhirat sama..:)

Abang, selamat hari lahir yang ke 30 hari ini, sayang dan anak-anak doakan abang sentiasa dilindungi Allah dan berada di dalam limpahnya setiap hari. Semoga abang sentiasa sihat, sentiasa kuat dan sentiasa diterangi cahaya keimanan..
terima kasih di atas semua pemberian mu selama kita bersama,
ketahuilah..rajuk dinda, marah dinda, bebelan dinda 
penuh dengan kasih sayang padamu
insyaAllah sehingga akhir hayat.

Salam Kasih,
sayang dan anak-anak
Akmal, Irdina, Baby adik

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics