Wednesday, May 09, 2012

Terbaik untuk anak-anak!

Sejak mengandung ni...zah selalu blogwalking ke blog-blog yang baru menerima cahayamta, disahkan mengandung dan juga yang menyusu sambil mengandung...sambil membaca dan mengutip pengalaman mereka zah juga mahu tahu apakah persepsi, pandangan mereka apabila menerima cahayamata baru.

Rata-rata seronok menerima cahayamata, ada yang tidak tidur bila kali pertama bayi bersama dirumah..hehehe dan banyak juga yang mengalami masalah dengan Jaundice..

Kalian, zah juga pernah berada di tempat itu...semasa anak sulung, zah hanya betul-betul dapat bersama dengan Akmal ketika dirumah..bonda Zah yang menjaga zah kali pertama juga agak kalut sebab sudah lama tidak ada bayi baru dalam keluarga kami...kerisauan juga sama bila Akmal kena jaundice, but suami saya yang hebat itu sangat percayakan sesuatu..dia mahukan anaknya hanya diberikan susu ibu.

Exclusive Pumping 

Muhammad Raziq Akmal with susu bonda 15 bulan :)
Bermulalah era saya memerah setiap 2 jam sekali..entah kenapa saya memerah..ketika itu bukan sebab mahu susukan Akmal dengan susu ibu semata-mata..mungkin lebih kepada kemahuan suami untuk pastikan Akmal baik sepenuhnya dengan jaundice. Zah percaya, setiap ibu dan bapa baru bila diminta untuk ke klinik bagi mengambil bacaan kuning bayi dan diminta ke hospital untuk masukkan bayi yang tinggi kadar jaundicenya akan mula kelang kabut.

Susu perahan di pejabat :)

Saya juga seperti kalian, tapi alhamdulillah..Akmal walau tidak direct feeding dia dapat semua khasiat susu..dari kolestrum, susu peralihan sehinggalah susu matang..kerana saya memerah setiap 2 jam..bermakna sehari saya akan bangun 12 kali untuk memerah susu...malahan aktiviti perahan dipejabat juga saya tetap teruskan..



Direct Feeding
Aqilah Irdina @ hari pertama lahir..
Alhamdulillah, Irdina lahir dengan penuh kesyukuran dimana zah dapat realisasikan semua impian penyusuan dengan Irdina. Niat mahu dia terus bersama tanpa diletakkan dalam nursery semasa lahir terus tercapai.. Zah berjaya menyusukan Irdina kali pertama tak sampai sejam kelahiran Irdina..

Istilah tiada susu semasa anak sulung langsung dipangkah dalam kamus hidup zah..zah kata pangkah kenapa, selepas sahaja Irdina menyusu dengan baik semasa hari pertama, hari kedua Irdina lahir sahaja Zah sudah rasa padat..sudah rasa susu membuak-buak...subhanallah...sebab itu bila zah baca tentang pengalaman ibu lain yang mengatakan mereka tiada susu selepas anak lahir, zah rasa ibu itu perlu positif..betul!

Sebab, bila positif..emosi stabil...anak menyusu dengan betul, posisinya, lekapannya..insyaAllah...menyusukan anak kita akan jadi semudah ABC..

Susu Peralihan semasa seminggu dengan Irdina

Fakta yang perlu ibu tahu : bayi sangat-sangat perlukan susu awal mereka iaitu colostrum untuk mengawal jaunidice.. kalau kalian tanya zah if saya menyusu anak tapi anak masih jaundice adakah itu dikatakan breastmilk jaundice?

yang zah boleh jawap...apapun jaundice yang anak kena..susu ibu adalah kaedah penyelesaian terbaik selain alternatif lain. InsyaAllah, susu ibu itu Allah ciptakan untuk beri yang terbaik kepada manusia, DIA tak akan memberikan mudarat kepada kitakan?

Kesimpulannya : Susu Ibu terbaik...usahakanlah untuk memperolehi nikmat itu...InsyaAllah...jika gagal selepas berusaha itu mungkin kehendak DIA juga, tapi pastikan usaha kita itu tahap maksima :)

Maklumat dan fakta mengenai susu peralihan dan susu matang boleh klik link ini

Sharing is caring,
Izzah

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics