Wednesday, May 02, 2012

Sudah kembali bekerja :)

Berkobar-kobar dan penuh semangat saya kembali bekerja hari ini selepas hujung minggu yang panjang dan memenatkan tapi sangat seronok.

Bermalas-malasan di atas katil dengan anak-anak dan suami adalah syurga untuk ibu yang bekerja seperti saya.

Saya pasti semua ibu juga begitu.

Yang punya perasaan mahukan 24 jam bersama dengan anak-anak. Melihat mereka membesar, menyuapkan sendiri makanan kepada anak-anak, memandikan mereka..bergurau dan bergaduh sayang dengan anak-anak...

Penat? Dengan keadaan zah yang masih loya-loya ni..memang sedikit penat, kadang kala terlena sendiri dan anak-anak bersama ayah mereka..hehehe..tambah pula bila Irdina yang asyik mahu uchu katanya..comel!

Nanti zah akan sharekan banyak cerita pasal percutian kali ini, tak melawat banyak tempat, lebih banyak masa rehat dan tidur di hotel..kota kinabalu sesak sangat dengan kereta..

ok, mahu makan tengah hari dulu..lapar :p


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics