Wednesday, May 09, 2012

Penyusuan Semasa Mengandung

Alhamdulillah, zah banyak menerima email dan pm di facebook yang ramai kawan-kawan zah juga menerima berita gembira iaitu disahkan mengandung..sama mcm zah :)...siapalahyang tidak seronok apabila disahkan ada nyawa lagi dalam rahim..rasa macam kitalah orang yang paling bertuahkan?

Rata-rata..kawan yang email dan PM zah adalah ibu-ibu yang kuat dan masih menyusukan anak mereka..dan bagi zah keputusan untuk meneruskan penyusuan adalah keputusan ibu itu sendiri...

Jika mengikut bacaan zah dan fakta-fakta yang tepat menyatakan bahawa penyusuan semasa mengandung adalah selamat selagi tiada komplikasi kepada ibu itu sendiri. Sebagai contoh, ibu tidak pernah keguguran, bersalin pra matang, pendarahan dll. Cuma ibu perlu pastikan yang dia mengambil makanan yang secukupnya dan minum air yang bersesuaian kuantiti dan keperluan.

Bila mahu berhenti menyusukan Irdina?

Zah tiada jawapan untuk itu...awal-awal bulan masa mengandung dulu, memang sedikit perit semasa Irdina menyusu, pernah ada waktu zah menitis air mata..tp sebab Irdina, bonda sanggup tahan..huuhuhuh..ada niat mahu berhentikan dia menyusu, cuba jauhkan diri dengan irdina..tapi emosi zah sangat-sangat tak stabil, hanya sehari berpisah..zah rindukan Irdina..zah niat pada Allah dan mohon supaya dipermudahkan penyusuan kami..alhamdulillah, sampai ke hari ini Irdina masih menyusu.


Posisi Penyusuan Pilihan....

Mengandung kali ini, zah agak berisi..hehehe baru 3 bulan perut dah nampak dah...dan Irdina suka menyusu sambil berbaring..kadang-kadang tak selesa juga...tp sebab Irdina kalau malam dah kurang menyusu lama-lama, tak la rasa sakit sangat pinggang bila baring sambil mengereng tu..kalau duduk zah biasa akan gunakan posisi Football Hold.


Posisi ini sebenarnya bukanlah zah yang mulakan :)  - posisi ini dimulakan oleh Irdina..hehhe dan yup, zah selesa...Irdina juga nampaknya begitu..jadi jika zah duduk...posisi ini sangat membantu, disamping bantuan daripada breastfeeding pillow zah yang memang dah ada...alhamdulillah, jika sebelum ni zah sakit tengkuk jika menyusukan irdina..sekurang-kurangnya dengan posisi dan alatan yang betul ia mengurangkan kesakitan itu.

Gaya penyusuan Irdina


Zah perasan, ada waktu Irdina sudah kurang menyusu...sebagai contoh waktu malam, kalau dulu Irdina perlukan zah untuk tidur lena..mean Irdina akan mengempeng..melekat...baru leh tidur..tp sekrang zah perasan, irdina akan menyusu sekejap, kemudian dia akan tidur tanpa perlu melekat dah...dan biasanya Irdina jarang bangun untuk menyusu...Zah cuma pastikan sebelum Irdina tidur, Irdina akan makan dengan kenyang :)....maka, Irdina akan makan nasi, biskut atau buah-buah sebelum tidur..

dan zah perasan juga Irdina akan request menyusu kedua-dua belah..kalau dulu satu dah cukup...dan dia dah ada kesukaan pula..hehehe tak tau kenapa...dulu suka belah kanan, sekarang suka belah kiri...

Cukup ke Susu Sepanjang Mengandung?

Isnin lepas zah ada berjumpa seorang nurse semasa buat buku pink baby adik, zah ada kongsikan yang zah masih menyusukan Irdina..dan semasa pemeriksaan dilakukan dia ada tanya zah adakah susu untuk Irdina mencukupi...jawapan Zah mudah, Irdina bukan setakat mahukan susu, Irdina sudah makan yang mencukupi sepanjang dia tiada dengan Zah...dan menyusu hanya mencukupkan keperluan emosi dan kebiasaan yang dilakukannya berhari-hari...pada zah penyusuan susu ibu bukan sekadar susu semata-mata, zah dan Irdina berkongsi emosi..emosi yang susah mahu digambarkan..


Nurul Aqilah Irdina @ 17 bulan menyusu susu bonda :)

Salam Kasih,
Izzah

2 comments:

deena awanis said...

bertuahnya kak zah dikurniakan semangat juang yg tinggi..kagum..=)

izzah azfar said...

terima kasih deena..

penyusuan semasa mengandung banyak kepada emosi sebenarnya..:)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics