Thursday, May 03, 2012

Part 2 : Bercuti Ke Sabah Negeri DIbawah Bayu

ok sambung cerita pasal bercuti ke sabah hari kedua pula.

zah bangun awal pagi tu, segar bugar badan sebab rehat cukup anak beranak,

cakap kat husband, Zah minta izin nak hadiri SGSIS - Kumpulan Sokongan Susu Ibu Sabah yang diadakan di Perdana Park, Tanjung Aru...husband suruh bawa kakak Irdina..maka zah kejutkan anak-anak bagi mandi dan sarapan pagi kat hotel.


Sarapan Pagi kami 4 beranak.
Husband kata sedap,


Akmal yang super baik!
makan sungguh dia..

Irdina yang masam..
jenuh paksa makan
semua dia cuit2 je..
 Support Group Susu Ibu Sabah (SGSIS)
 Zah ke SGSIS ni dengan Zainab.
Dia juga merupakan Peer Counselor di Sabah.
So untuk ibu-ibu sabah di sekitar Kota kinabalu
boleh hubungi Zainab untuk bantuan penyusuan percuma ya!

Zainab dan anak-anak
Serta Kak Nik Nurul Rasyada dan anak-anak
mereka PC di Sabah


korang, zah bila dapat sembang rasa mcm kenal ngan depa ni
rasa mcm lebih banyak cakap dari PC Sabah,
sorry guys..zah cakap banyak..


seronok bersembang dan bertukar-tukar pandangan
dari cerita tiada puting, bagaimana nak menyusukan sehinggalah penggunaan niple shield

tengah ajar Irdina mewarna

masa ni tak start lagipun, tapi kami bertiga dah sembang bagai nak rak..hehehe

terujanya zah dapat hadiah kan?hehehe

spot mana zah? Irdina tengah melukis tu


Zah tak pernah jumpa mereka semua ni, selalunya alam maya sahaja yang menemukan kami :) - tapi bila dah hadiri perjumpaan macam dah lama kenal.

Tajuk kali ini adalah persediaan penyusuan semasa kelahiran.
Selalu ibu fikir nak menyediakan material semata-mata
baju anak, lampin, stroller, baby coat...dan lain-lain lagi.

ibu memang mahu menyusukan anak mereka, tapi mereka perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan, posisi yang betul, lekapan yang betul, kalau anak jaundice apa yang perlu dibuat, bersalin secara pembedahan pula bagaimana mahu mulakan penyusuan.

Kami juga menyentuh tentang penggunaan suplement untuk banyakkan susu, bacaan doa yang digunakan jika gusar ketika menyusukan anak, macamana nak handle halangan orang lain semasa berpantang..

padat sungguh perbincangan kami pada hari itu...
tapi semua halangan boleh diatasi bila ibu mahu dan tegar untuk menyusukan anak mereka, insyaAllah..

okey, sambung lagi dengan cerita..
ada bisday party baby yang menyusu susu bondanya selama setahun 
alhamdulillah..tahniah ya Aima!

macam-macam ada makanan semasa ni..sedap!

anak-anak susu ibu


tengok Irdina tu..comel je dia duduk ambil gambar bila
ibu-ibu lain dengan kamera mereka..hehehe

sebenarnya Irdina dah nampak kek bisday baby Aima tu..
sibuk dia jeling nak kek.

Irdina ok ke ikut bonda ke SGSIS?
dia ok, tak lari mana2pun
ada waktu amik warna, mewarna
nampak air nak air
boring, dia minta susu..

tengok?
dapat kek senyapla dia..

ada cabutan bertuah,
hadiah kat tangan Zainab tu adalah milik Zah :p
dapat buku..best!


ni anak kak reen,
baik je anak kak reen ne
relaks je dia duduk ngan kami sambil warna2
hilangkan boring :)

lepas makan kek, Irdina kata nak chiken wing
nak telur dan timun
yang lain dia takmo..


 ok selesai dah...husband call ajak balik dan nak g jalan-jalan
cadang nak bawa anak g zoo
tapi kami terus ke kundasang :)
makan sayap ayam kundasang yang sangat sedap!
takde gambar,
sebab bonda letih..hehehe
KK ke kundasang amik masa sejam setengah
jam 2.00 dah sampai,
makan puas-puas dan selesaikan urusan anak-anak 
kami bertolak balik, sebab nak singgah umah family zah.

masuk keta Irdina terus lena..
sepanjang jalan tidur..letih sangat la tu sebab bangun awal pagi td.
Mengandung dan menyusukan anak adalah satu nikmat yang Allah beri pada saya sekarang :)

di rumah family zah,
btw korang tengok tikar tu..
kat sabah RM15-RM28 sahaja tau..
zah tak sempat cari..next year la..boleh guna kat rumah baru



balik bilik budak2 dah penat dan tido..
malam ni depa tido sorang satu katil :p
lega bonda...hehehhe

baik abang mahupun adik
semua tidur lena sampai pagi.




* gambar SGSIS separuh adalah dari kak Nik Nurul Rashada :) dan sebahagian adalah koleksi zah.

* ada part 3 dan part 4 nanti..hehehhe sorry kawan-kawan

1 comment:

N.Aima K said...

wah nak share entry ni ;)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics