Wednesday, May 02, 2012

Part 1 : Percutian Ke Sabah Di Bawah Bayu

Alhamdulillah, balik Sabah kali ini dipermudahkannya.

Anak-anak yang kurang sihat sepanjang 2minggu sebelum bercuti tu, sihat je semasa kat Sabah, tiada selsema, batuk mahupun demam..syukur sangat..Zah dan suamipun sihat, tak de loya-loya macam kat penang..hahaha badan pun tau nak bercuti kot, Allah memang mudahkan segalanyalah kali ini.

Kami bertolak dari Penang jam 7.10 pagi hari sabtu - 28 April 2012 : dari rumah jam 5.10 pagi, bangun lambat..huhu sib baik semua dah selesai packing a day before, bajupun siap iron...anak-anak susah juga nak bangun..Abang Long nangis-nangis masa mandi awal pagi..hehehe tapi bila tengok baju baru diapun teruja! Kakak Irdina tak mandi, bonda mandi, ayah tak..hahahha

Irdina teruja pakai baju baru :)

Abang Long yang Bonda boleh bagi 10 bintang dari 10 sebab sangat-sangat baik sepanjang bercuti kali ini

dan bercuti kali ni, gambar abang long adalah paling banyak sebab dia mudah diajak berbanding Irdina :)

dalam kapal terbang dari Penang ke KLIA - tak bagi tidur, walau dua-dua ngantuk
so bagi depa main-main puas..

makan kacang je bekpes pagi tu..bonda lapar sangat2..

Irdinapun tak reti nak duduk diam, takpe next year akan adapat sit sendiri ye kakak!

tengok?kejap atas kejab bawah kakak Irdina ni..hehehe

  •  Dari KLIA ke Kota Kinabalu amik masa 2 Jam lebih, sangat haru perjalanan dia sebab kapal terbang tu LANGSUNG tak selesa, Zah tak jangka MALAYSIA AIRLINES akan jadi macam tu. Dengan Bayaran Tiket yang mahal : RM 2500 untuk seorang dewasa, tempat duduk yang tidak selesa, makan yang langsung mcm hampeh...huhuhu bukan tak bersyukur even tiket zah ni free tapi sebab bayaran yang mahal, tak berbaloila..better naik AIRASIA kalau mcm ni. ok stop cerita kat situ..hehehe
  • Sampai Kota Kinabalu dalam jam 1.00 Tengah hari, terus amik kereta yang disewa dengan HERTZ, zah memang setiap kali ke Sabah akan amik kereta dengan depa. Cuma nak komen depa punya sales tak berapa pandai berbahasa. Guna bahasa untuk cadangan dan wajib depa untuk amik pakej macam sama..bila Zah dah marah baru bgtau, ni just cadangan je puan, if nak boleh amik :p...kalau tahun lepas depa just amik RM200 untuk block if apa-apa jadi masa guna keta (biasa amik RM500), tahun ni depa amik RM600..banyakkan?huhu so kenala sedia kad kredit, depa tak terima debit kad mahupun cash ye... untuk tambahan insurans bawah RM2000 kena tambahan cas sebanyak RM69.00 - sehari sewa keta RM110 (tak termasuk cas cukai) - suami zah amik best online rate.

dah sampai KKIA - Kakak Irdina yang tidur puas bukan main lari laju-laju dengan abang dia..

Encik Husband yang uruskan tempahan kereta di Sabah :)
  
Sempat gaduh lagi Irdina ni..adoi..


  • Rupanya sales Hertz tu beria-ia suruh amik insurans adalah kerana mereka dah upgrade kereta sewa kami, berbaloi pula dengan kadar yang dikenakan..hehehe..kereta Hyundai Accent..huhu daripada Matrix, depa bagi kereta ni...senyum sokmo kami laki bini, kereta baru tau!..baru 7000km jalannya..hahaha 




  • Hotel yang Zah amik adalah Best Western Kinabalu Daya Hotel = Rate RM266 termasuk cukai perkhidmatan...kalau ikut bilik memang luas dan sangat selesa, tapi penyambut tetamu tak mesra, housekeeping tak bersihkan bilik betul-betul, makan sarapan pagi yang ala-ala je..
  • Kalau orang tanya adakah zah akan sewa lagi hotel ni, sudah tentu tidak sebab parking kereta adalah sangat-sangat susah, kawasan berdekatan dengan bank dan restoren cina yang sentiasa penuh buat zah dan suami cari parking hampir 40 minit tau!..jenuh pusing hotel...
  • House keeping just kemas bilik ala-ala, tak refill mandian dalam bilik air, tak cuci bilik air...rasa mcm kemas katil je dan sapu lantai..so memang zah tak puas hati sangat2.

amik Family Room, ada 1 master punya katil dan 2 katil bujang
so ni katil bonda dan ayah :)


ni pula katil anak-anak,depa attact bedroom...ada tv, dan peti ais juga..semua kelengkapan mcm nak masak air panas dan iron ada disediakan dalam bilik.

ni makanan kat atas kapal terbang dari klia ke KK, rasa nak gelak tengok..

sebab Zah dan suami rasa susah dah nak keluar cari makan, parking kan payah nak dapat hotel ni...suami decide makan kat bilik je..zah order nasi goreng seafood, tapi sebutir udangpun tak jumpa..huhu tak taulah  seafoodnya dimana..di nama sahaja kot.

ini makan malam kami, harga sotong bakar RM8 dan ikan putih bakar tu RM14.00 sahaja

Sayap Ayam Bakar adalah sangat awsome ok..hehehe zah juga tak ketinggalan beli putu (ubi parut yang dikukus) dan rumpai laut..sedap perah limau cicah lada..

laki bini tak lalu nasi, so dengan anak-anak ni saje dinner kami di malam pertama.
kat luar hujan renyai-renyai..tak nak anak-anak sakit kami makan dalam bilik je..

lepas makan, baru salin baju tidur!
kakak Irdina garangkan?hehehehe
teringin sangat bagi pakai baju sama..kebetulan jumpa..hehehe okla..comel je budak-budak ni.

* nanti sambung lagi entry pasal join Perjumpaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Sabah!..

2 comments:

N.Aima K said...

salam..

yalah area hotel tu mmg susah nak dpt parking..

mawar_putih said...

baru nak g sabah..blur sgtt

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics