Wednesday, May 30, 2012

Mohon Untuk Faham

Zah sangat suka membalas emel-emel ibu-ibu hebat yang meminta pandangan Zah mengenai penyusuan, alhamdulillah even masalah yang sekecil-kecil masalah sehinggalah masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Zah, biasanya Zah akan fowardkan kepada yang lebih arif.

Namun, sekadar peringatan untuk ibu-ibu hebat sekalian...Zah bukanlah ibu hebat yang boleh duduk dihadapan PC 24 jam untuk menjawap soalan berkenaan secara spontan. Ada waktu Zah perlu menelaah buku-buku rujukan terlebih dahulu kerana masalah berkaitan penyusuan bukan semuanya boleh diselesaikan dengan ABC..ada masalah yang zah sendiri tidak pernah alaminya.

Zah sendiri suka menulis di blog, sebab zah menulis dan rasakan tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang, bukan setakat ibu yang bertanya..mungkin ada ibu yang malu mahu bertanya dan bila dia tergerak hati mahu membaca, terjumpa blog ini dan masalah mereka ada "cahaya" penyelesaian.

Namun demikian, semua yang Zah lakukan ini adalah 'percuma'. Oleh kerana ia percuma, Zah juga perlu bahagikan masa-masa dengan tanggungjawab Zah yang lain. Untuk makluman para ibu hebat, Zah adalah seorang pekerja di SUK Pulau Pinang, berada di Bahagian Dasar dan Pembangunan, adakalanya memerlukan komitmen yang sangat-sangat jitu dari Zah. Alhamdulillah, even kerja sedikit menekan, bos masih prihatin dengan aktiviti-aktiviti penyusuan yang Zah lakukan. 

Selain itu, Zah juga punya suami dan dua orang anak kecil yang berusia 3 tahun dan Setahun setengah, jarak tempat kerja dan rumah yang agak jauh (45-60 minit) menyebabkan Zah juga ada kekangan berada di depan PC dirumah, sebab itu bila kalian emel mahupun PM...Zah perlukan masa untuk membalas...

Disini, Zah pohon untuk kalian berikan Zah masa untuk membalasnya, dan dengan keadaan Zah yang sedang hamil ini agak membataskan Zah untuk aktif, mohon juga faham. Hantarlah emel yang lebih sopan ketika bertanya, sebab bila kita menjadi pembaca, mesej yang ditafsirkan itu jadi tidak enak..huhu maaf, Zah agak emosi :)


Salam Kasih,
Izzah

8 comments:

nik said...

zah lakukan atas dasar sukarela, rasanya xperlu si penghantar emel mendesak utk balasan ASAP.. As long as ada jawapan lambat atau cepat bergantung pada masa zah la kan? Just an opinion, kalau nak cepat, blh google a lot..ada byk info jika pandai cari..

izzah azfar said...

haah nik,
siap tanya...
hello, that I send to the real person?

emm...entahla nik...

pizet said...

sabarlah kak...agaknya pengirim tu lupa dengan budi bahasa dan adab bila bertanya soalan...

izzah azfar said...

Pizet : hehehe akak ok je dear!

tu yang minta mereka faham..
sebab kadang2 soalan2 soalan tu semua ada dalam blog akak dah, mahu atau tak sahaja..

nik said...

Amboi..bahasa..

pizet said...

sebenarnya ibu yang menyusukan ni kena tambah satu lagi sifat dalam diri which is rajin..sebabnya nak belajar kena la rajin cari...zaman it ni kalau kita pandai cari mesti boleh punya...takkan nak google pun x boleh...manusia pun ada hati perasaan..nak tanya pendapat orang harus ada sifat sabar

pz dulu banyak google dan belajar dari forum susu ibu ja

nik said...

Seeoloknya sebelum bertanya, ggogle dulu sana sini.. Dptkan sedikit gambaran dan tya yg ✗ faham. Kita pun sesiapa pun pada mereka yg bertanya. Mcm kalo kita tya, org jawap ok la, xjawab xpe la. Zaman skrg bukan zaman spoonfeed, nganga je.. Zaman skrg zaman cari sendiri maklumat. Kemudahan di hujung jari..

nik said...

Seeoloknya sebelum bertanya, ggogle dulu sana sini.. Dptkan sedikit gambaran dan tya yg ✗ faham. Kita pun sesiapa pun pada mereka yg bertanya. Mcm kalo kita tya, org jawap ok la, xjawab xpe la. Zaman skrg bukan zaman spoonfeed, nganga je.. Zaman skrg zaman cari sendiri maklumat. Kemudahan di hujung jari..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics