Wednesday, May 16, 2012

InsyaAllah : Rumah Kedua kami

Asyik cerita pasal mengandung sahajakan?..hehehe kalau tak cerita pasal mengandung..zah cerita pasal susu ibu..entahla kalian..seronok sebenarnya bila dapat susukan anak sendiri ni, hari-hari bila zah buka peti ais dan tengok susu perahan yang boleh dibekalkan untuk Irdina buat zah puas...usaha zah sebelum ini sangat berguna di kala zah berhenti memerah...

Oh ok..sebenarnya Zah lately, lebih banyak cari pasal nak masuk rumah baru, tips-tips nak hias rumah dan juga tips nak bagi rumah nampak cantik dan simple...semalam suami kata 2nd payment untuk rumah pertama kami di Kulim sudah dibayar kepada pemaju..insyaAllah tak lama lagi rumah tu dah boleh duduk.

Entry Rumah Pertama Kami : Taman Kulim Utama

dan sebenarnya...awal tahun lalu Zah ada buat booking untuk sebuah rumah di Jawi, lepas beberapa bulan..rasa mcm tak berminat pula..huhu rupanya Allah nak bg rezeki extra super lagi..iaitu mengandungkan anak ketiga kami..alhamdulillah..lepas bincang balik dengan husband..zah rasa perlu buat sesuatu..so Zah tolak untuk buat loan rumah kedua tu...dari rumah dua tingkat..zah dan suami amik setingkat je..hehehe dan lokasinya dah tukar..dari Jawi..kami memilih untuk terus menetap di mengkuang Titi.

Reason?....sebab rasanya, bila amik rumah setingkat, kos bayaran bulanan tak terlalu tinggi dan kawasan yang Zah dan suami pilih sangat-sangat memudahkan kami...tak pening kepala nak cari pengasuh anak yang paling utama..dan kamipun dah biasa dengan persekitaran sekarang ni..

Alhamdulillah, rumah ni dah bayar deposit sikit..pastu SNP pun dah sign...tinggal nak buat loan sahaja sekrang...nasib baik buat loan kerajaan..huuhhu takla banyak sangat nak kuar duit..dan duit yang sepatutnya leh buat tambahan apa-apa yang patut nanti :)


Rumah masih belum siap..masih dalam pembinaan..emm harap keputusan kami ni betullah..sekolah untuk anak-anakpun dekat, dekat dengan lebuhraya, nak ke tempat kerja if masih kerja kat Penang pun tak jauh sangat..sebab dah biasa :)...rumah tak besar...cukuplah kot dengan kami anak beranak ni..


Yang ni tanah belakang..luas juga..boleh tambah dapur nanti kalau ada rezeki..Zah cakap kat suami nak jual mesin jahit industri zah dan just pakai mesin portable tu..tapi suami kata, jangan..hehehe nanti duduk rumah baru boleh amik tempahan jahit langsir..emm dia macam biasa memang nampak sesuatu yang boelh mendatangkan keuntungan sahaja..hehehe

Btw, kos menjahit langsir dan kain untuk 2 tingkap 2 panel, satu tingkap 3 panel, 4 pintu boleh mencecah sehingga RM1800.00..fuh lap peluh zah tengok orang tempah langsir...hehhee...sedangkan cost untuk kain maybe dalam a few hundred sahaja...dan nak jahit langsirpun taklah sesusah mana..hehehe..syukur ada skill jahit langsir sendiri..kalo tak..rumah tak berlangsirlah..huhuhu.

k itu je..nanti update lagi.

1 comment:

~najwa~ said...

saya nak jahit langsir sendiri juga, tapi xde mesin jahit, ehehehe.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics