Wednesday, May 30, 2012

Cadangan Cuepacs : 7 Orang Anak


  • Bersalin di hospital swasta sehingga anak ketiga
  • Wad kelas satu hospital kerajaan untuk bersalin anak keempat dan seterusnya
  • Cuti bersalin tiga bulan gaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh
  • Cuti tanpa rekod 14 hari diperluas bagi urusan kecemasan keluarga terdekat


Sumber : http://cuepacs.blogspot.com


Alhamdulillah, sekarang dah masuk minggu ke 14 mengandung anak ketiga.. hehehe umur before 30 tahun dah ada 3 orang cahayamata tu kira ok la betui dak?..

Alhamdulillah, baby adik sihat...dah scan 3 kali sepanjang dia ada dalam rahim ni.. so far baby adik aktif je..since 8 week tiap kali scan ke main dia tendang-tendang perut bonda.

Berbalik pada permintaan cuepacs tu, memang menarik..alhamdulillah if Kerajaan bersetuju sebabnya cik abang pernah kata dia nak anak sampai 7 orang..hahaha nampak macam tak realistik sahaja permintaan suami tapi kalau diizinkan Allah apa salahnyakan?

Zah quote lagi fakta dari cuepacs “Penjawat awam wanita juga harus diberi cuti bersalin selama tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh untuk menyuntik motivasi ke arah mencapai sasaran 70 juta penduduk Malaysia."

Namun kalian, berapa pun zuriat kita...jika diizinkan Allah..susukanlah mereka dengan susu ibu, susu ibu adalah pemberian Allah kepada ibu-ibu yang terpilih untuk diberikan kepada anak mereka..Susah senang semasa menyusukan mereka boleh di atasi dengan syarat ibu MAHU dan BERUSAHA sehabis mungkin. Jangan kalah dengan iklan-iklan susu formula dipasaran. InsyaAllah, nawaitu yang betul akan dipermudahkan Allah.

Abang Long dan Kak Ngah - Permata Hati Bonda

Salam Kasih,
Izzah

3 comments:

rafiza said...

sejujurnya zah, saya naik segan dengan apa yang diminta oleh cuepacs..
1) bersalin di hospital swasta? (menampakkan seolah kualiti hospital kerajaan ni teruk, padahal selama ni subsisdi yang diberi oleh kerajaan sangat besar cuma rakyat tak nampak..)
2) wad bersalin kelas 1? (samada presidennya sedar atau tidak kerajaan khususnya kkm telah berusaha untuk mewujudkan hospital yang punya kelas 1 dan 2 sahaja, tiada lagi kelas 3..tambahan lagi dengan wad khas bagi wanita melahirkan tanpa risiko..)
3) cuti bersalin gaji penuh 3 bulan untuk 7 anak? (sampai bila rakyat perlu bergantung dengan kerajaan..kalau rakyat sampai bila2 nak bergantung dengan kerajaan, saya tak rasa kita akan jadi negara maju seperti negara2 yang sediakan kemudahan begitu)
4) cuti tanpa rekod? (kenapa cuepacs sentiasa cakap tentang cuti as kebajikan? actually mereka boleh pergi jauh dengan mengusahakan taska yang proper di setiap premis kerajaan, pejabat mesra ibu dan anak, perluaskan berkerja dari rumah dan lain2 selain dari cuti as 'kebajikan'..) mereka tak rasa ke bila tak bekerja dan cuti tu kita ni dapat duit gaji kerana apa? kerana bercuti??..

entahlah zah.. mungkin niat mereka baik, nak meramaikan rakyat malaysia, tapi kalau zah dengarlah interview dengan presiden cuepacs di bernama radio24 semalam, memang terasa merah muka nak tahan malu dan marah...mereka buat perbandingan dengan apa yang swasta dapat dari segi kemudahan hospital, tapi bab cuti dia tak banding dgn swasta, even swasta punya data pun dia tak ada...

walau bagaimanapun bukanlah saya banned terus dgn cadangan mereka, cuma kita perlu fikir dari banyak sudut..maafla, teremosi pula...

p/s: janganlah jadikan isu ini untuk bertelagah, tapi just untuk renungan..mungkin gaya lontaran pendapat saya ini terasa begitu, tapi itu hanya emosi, saya hanya mahu mengajak kita renung sama-sama sapa yang kita dapat selama ini atas usaha sendiri atau atas bantuan semata-mata..kalau terjumpa, bacalah note saiful nang di fbnya ttg ptptn, memang sangat2 well said.. maaf ye zah, mungkin tujuan entry zah ni lain, tapi saya yang beremosi di sini..hihi..peace..

izzah azfar said...

setiap orang persepsinya berbeza :)

zah suka dengan permintaan mereka, terpulanglah pada pemikiran orang lain..hehehe sebab zah pun bukan golongan mampu bercuti tanpa gaji jika diizinkan untuk ada anak lebih dari 5 orang,

zah dan suami hanya bergaji kecil :) - permintaan yang diminta memudahkan kami..hehehe

rafiza said...

zah orang yang berniaga, walaupun kecil2lan, memang ikut sunnah Rasulullah, 9/10 daripada pintu rezeki..Subhanallah..saya pun tak mampu nak pelbagai benda serentak begitu...

Kena berfikiran lebih luas dan terbuka...saya nampak zah bukan jenis bergantung dengan orang lain..pelik juga bila zah sebut gitu..tak mengapala, betul cakap zah, persepsi orang berbeza-beza.. :) tq..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics