Friday, May 18, 2012

Breastfeeding : Diploma, Ijazah, Master dan PHD

Kawan-kawan yang mahu menyusukan anak mereka selalu kongsi yang mereka mahu menyusukan cukup 2 tahun tempoh penyusuan zuriat mereka..alhamdulillah, bagi zah nawaitu sejak awak itu akan memudahkan lagi perjalanan penyusuan mereka.

Namun demikian, bila kita menyimpan impian...cadangan Zah, biarlah impian itu selari dengan usaha yang kita lakukan...Zah sendiri ada perancangan jangka panjang dan ada peracangan jangka pendek..

Perancangan Jangka Pendek. - 6 Bulan : Diploma Penyusuan Susu Ibu

Irdina yang kenyang menyusu kali pertama :)


Zah memang berniat mahu susukan anak-anak Zah terutama yang kedua ni sejak hari pertama nampak 2 line..hehehe kebetulan masa tu Zah tengah aktif memerah susu untuk anak sulung..jadi nikmat mengandung sekali lagi telah buat Zah terfikir untuk menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu...yang mana Zah mahu Irdina menyusu secara terus pula.

Untuk berjaya menyusukan Irdina Zah mulakan dengan merancang untuk menyusukan Irdina sejurus dia lahir, alhamdulillah Irdina menyusu dengan baik dalam sejam selepas dia lahir...Zah juga merancang untuk tidak memperkenalkan Irdina dengan puting tiruan semasa awal-awal minggu kelahirannya...

beria Irdina nangis - masa ni dia 6 bulan

Alhamdulillah, tiada air masak, tiada puting tiruan dan Irdina minum susu segar 6 bulan..manakala Zah akan memerah 4-5 kali dipejabat dan akan bangun jam 3.00 pagi untuk maintainkan susu sepanjang 6 bulan pertama...

Perancangan Jangka Panjang: 12 bulan : Ijazah Penyusuan Susu Ibu

Selepas berjaya menyusukan Irdina dengan susu ibu selama 6 bulan...Irdina Zah perkenalkan dengan makanan pejal..Selepas bayi diperkenalkan dengan makanan pejal, biasanya bayi akan mula kurang menyusu..dan ibu akan hadapi masalah low milk supply, oleh itu..adalah dicadangkan untuk ibu menambah sesi memerah atau pujuk anak untuk menyusu dengan lebih kerap...Alhamdulillah Irdina berjaya menyusu dengan Zah selama setahun nan indah..perjalanan Zah masih stabil sepanjang setahun ni...tiada suplemet rahsia, zah makan macam biasa..dan minum macam biasa...

e - certificate dari Kumpulan Ibu Menyusukan
Alhamdulillah...sudah buat yang terbaik..

Perancangan Jangka Panjang: 18 bulan : Master Penyusuan Susu Ibu


InsyaAllah, lagi 2 minggu Irdina akan berusia setahun setengah..perjalanan penyusuan Zah masih sama, cuma ada add on sebab sedang mengandung anak ketiga kami suami isteri...

Penyusuan semasa mengandung atau tandem nursing bukanlah mudah sebenarnya..alhamdulillah, Zah masih mampu hadapinya..cuma kena extra makan sikit, kena extra air dan kena extra tenaga...Irdina pun perlahan-lahan bila Zah kata sakit..dia akan berhenti menyusu..dan selalunya Irdina akan mahu menyusu lebih masa nak tidur..adalah dalam 5-7 minit...dan bangun malam tu pun sebab dia nak Zah peluk dia je..huhu tak mau hilang bonda dari dia..

InsyaAllah, Zah juga mahukan Irdina menyusu sehingga 2 tahun, iaitu ngam-ngam dengan due date baby adik ni...tapi Zah hanya mampu merancang...semoga semuanya berjalan seperti yang dirancangla..

Oh ye, orang pernah kata Zah sangat obses dengan susu ibu, sampai EBM melimpah ruah..huhu kalau kalian nak tahu..EBM yang melimpah ruah tulah yang membantu Zah selepas disahkan mengandung, tiada duka lara lagi even hari-hari ambil 2 pek EBM untuk bekal Irdina..huhu Zah ada lagi 6 bulan untuk hadapi perjalanan penyusuan ni...Allahuakbar...susu ibu bukan semata-mata susu sebenarnya..kalau orang tanya Zah..lebih kepada bonding, lebih kepada ikatan Zah dengan Irdina..

Kalian, kuat dan terus kuat ya!

Salam Kasih, 
Izzah

5 comments:

Umi Nazrah said...

wah!!! tahniah. bestnya! :D

~farah~ said...

yeay, i dh ade master..hehe

suhaina laui. said...

tahniah!,,,doakan sy juga...gagal menyusu utk ank yg 1st kerana kurang ilmu tentang penyusuan ni...utk 2nd baby ni sue nekad! walo mcm2 org ngate ;)

~najwa~ said...

ada 3 bulan lagi ni nak setahun, aduii....stok ebm dah tak byk.

wannorashikin said...

Salam Izzah,

Tahniah dah pregnant ye. Due bila ye.Rasanya tahun ni kan. Insyallah akan sebaya dengan anak kak wan yang ketiga

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics