Tuesday, May 29, 2012

Alhamdulillah : Dah lulus Ijazah Sarjana Muda

Alhamdulillah, tadi buka laman web university...syukur dua paper akhir zah dah lulus :)....syukur dan syukur sebab dah cakap ngan husband..tak larat dah nak study, nak kejar dateline kertas kerja...dengan anak-anak yang nak membesar ni bukan sesuatu yang mudah bagi zah...

But, alhamdulillah..insyaAllah akan grad tak lama lagi...seronok...double kegembiraan sebab grad dengan zuriat ketiga kami..tunggu next step untuk sessi graduasi pula...

Orang nampak apelah sangat dengan ijazah tukan? tapi bila study dengan kerja dan ada anak-anak serta suami, bersusah payah, stress menangis tahap gaban bila esok nak exam, study tak habis lagi...huhuhu sape yang tahukan?alhamdulillah, for me ini satu pencapaian untuk diri sendiri juga.

Suami selalu kata bila saya merungut..apa yang dia tak cuba beri setiap kali saya inginkan sesuatu..even bukan sekadar sumber kewangan, tapi sokongan padu dan jitu dari sayang suami rasanya tak jadi saya hari ini. Betullah kata pepatah isteri selepas berkahwin syurganya dibawah telapak kaki suami, Terima kasih abang sebab sangat-sangat support sayang sepanjang 4 tahun sayang belajar ni..

nanti zah sharekan bagaimana zah boleh belajar sambil kerja, anak-anak yang masih kecil, suami yang sangat memahami dan bagaimana zah uruskan urusan rumahtangga kami berdua :) - zah buat entry tu khas untuk seorang doktor yang bertanya.

Nota Izzah : InsyaAllah minggu depan juga zah akan berdepan dengan kursus penyusuan susu ibu 40 jam :) - nawaitu untuk bergelar kaunselor laktasi dipermudahkan Allah tahun ini..

Salam Kasih,
Izzah

8 comments:

lia said...

akak sentiasa kagum dgn ibu yg nak belajar lagi....

akak ni nak wat master, d bertahun bertangguh... entah lah akan wat @ tidak

pizet said...

tahniah kak dah lulus..pz gak masih dok merangkak lagi...harap2 dapat jugak grad nanti

~farah~ said...

congrats! kak izah ni rajin :)

Rozy said...

tahniah ya zah!

izzah azfar said...

kak lia :) - alhamdulillah..perjalanan belajar zah ni since baru kahwin sampai anak 3 kak..lama juga bertangguh..huhuhu

izzah azfar said...

pizat : takpe..merangkak and sampai last kita boleh lari laju-laju

izzah azfar said...

farah : hahaha kamu ni ada2 saje

izzah azfar said...

kak rozy : tq kak :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics