Tuesday, May 22, 2012

3rd Pregnancy : Yogurt atau susu?



Masa mengandung anak pertama...Doktor nasihatkan Zah untuk mula ambil susu..emm bila sebut susu..tekak ni macam tak boleh nak bekerjasama..tapikan sebab  mahukan badan yang bertenaga dan anak yang dikandung sihat...Zah dengan  rela hati minta suami belikan susu..


Kalau tak silap zah minum 4 bulan je kot..perasa coklat...pastu berat naik mendadak...doktor nasihatkan zah stop amik susu..hehehe lega-lega...

lepas tu...masa lepas bersalin, bidan yang datang mengurut Zah pula nasihatkan Zah minum susu bagi susu badan jadi banyak..huhu masa tu..nawaitu nak menyusukan anak je...makanya...dengan segera minta suami g cari susu ni juga..minumla kot masa pantang..pastu tak lalu..stop..

Dengan Irdina..mengandung kali kedua...Zah langsung tak minum susu..huhu alhamdulillah, berat ideal je masa mengandung dia...cuma Zah ada masalah dengan HB rendah, makan pil Iberet yang agak panas tu..buat Zah hadapi masalah sembelit..

Oh ye, lepas bersalin pun Zah tak minum apa-apa susu..so, dari orang kata minum susu leh produce susu jadi banyak tu bukanlah teori yang betul :)...pada Zah minum susu tu untuk pastikan kalsium kita ni cukup je..huhu sebabnya..lepas bersalin, Zah dah mula sakit gigi..

But, Zah ada minta nasihat dari doktor gigi dan bertanyakan tentang keperluan menambahkan suplement kalsium dalam diet zah..terutama bila Irdina menyusu dan pada masa yang sama zah juga memerah...doktor gigi tu kata, sebaiknya hanya tambah makanan yang boleh menambahkan kalsium dalam badan..sebabnya lebihan kalsium dalam badan juga adalah berbahaya :)



untuk peluang mengandung kali ke tiga ni...ada seorang rakan di facebook cadangkan Zah untuk ambil yogurt :)..kalau rajin boleh tambahkan dengan almond..emm zah kadang-kadang tambah kismis...:)..sedap-sedap..makan sejuk-sejuk..apa yang zah perasan, even Zah makan 2 biji iron...sembelit bukan satu masalah lagi...lega..dan alhamdulillah....

Nota Bonda : Tengah hari ni nak shopping yogurt lagi..yummy!...sedih sebab dah rancang nak berpuasa hari ni..takpelah..esokkan masih ada :)...zah terjaga ngam-ngam azan subuh...huhuhu..tak berani nak puasa sebab tak sahur..

Salam kasih,
Izzah

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics