Thursday, May 10, 2012

3rd Pregnancy : Buku Pink Baby Adik

Kadang-kadang rasa macam tidak adil dengan permata hati dalam perut ni, keterujaan berjumpa doktor misalnya sedikit terlewat dari Akmal dan Irdina..tapi sebenarnya bukan tidak adil, tetapi sekadar sudah biasa..dan mahukan kesederhanaan rasanya..

Zah dan suami agak lambat berjumpa doktor kali ni, kiranya sudah masuk angka 8 minggu baru ke KS Wan and Liow Maternity Centre..tempat yang sama Zah scan kali pertama, pemeriksaan setiap bulan dan melahirkan anak sulung dan kedua..

Gambar tahun 2010, tiada yang berubah semua masih sama termasuk nurse di kaunter pendaftaran
Memandangkan Zah tahu, insyaAllah dihospital ini juga Zah boleh merealisasi impian penyusuan susu ibu disini..maka Zah dan suami memilih untuk ke hospital yang sama..insyaAllah..jika Allah itu izinkan..disini juga anak ketiga kami akan lahir...

Isnin lepas, Zah dan Suami sudah ke Klinik Desa Mengkuang Titi..untuk mendapatkan buku pink baby adik ni..Alhamdulillah, tak kena marahpun :p, mereka nurse-nurse yang baik....menyokong Zah bila Zah kata Zah masih menyusukan Irdina, dan memberikan nasihat-nasihat yang bagus dan positif sebenarnya..

Kiri : Buku Baru Untuk Baby Adik
Kanan : Buku 17 Bulan dulu..rujukan semula..Irdina punya

Beza kali ini?...hahaha rasa nak gelak..sebab..Berat Zah sangat-sangat best..masa dengan Irdina dulu sempatlah nak turun sampai 48kg..jadi sampai bersalin 40 minggu hanya 64 kg sahaja...tapi untuk mengandung kali ke 3 ni...berat untuk 11 minggu adalah 55 kg..huhuhu...Actualy, sebelum mengandung berat zah statik dengan 54kg sahaja..ni gara-gara pil Noriday..yang menyimpan lemak Zah..hahaha takpelah, lepas bersalin nanti kita kurus balik ye :)



atas catatan untuk baby ketiga
bawah catatan kali pertama Irdina
Mengandung kali ni berbeza sebab Zah masih menyusukan Irdina, banyak main dengan emosi sebenanrnya...kalau bab makan tu, kadang tekak tak lalu juga..tp Zah gagahkan diri juga untuk makan..kalau tak memang penat sangatla...tambah lagi bila seharian Irdina menyusu..

Kat Office Zah akan bersedia dengan oat, kurma dan kismis..huhuhu semoga Zah kuat, tak lemah longlai :)...tp ngantuk waktu petang tu macam tak boleh nak elak je...maaf la bos ye..hehehe...

Dah nak habis trimester pertama dah..subhanallah...semoga Zah sihatla..banyak aktiviti bakal berlangsung ni...InsyaAllah lepas dah approve..Zah akan bagitahu kat kalian...:)...

Salam Kasih,
Izzah

4 comments:

~najwa~ said...

~beutiful journey zah :))

MaMa sYahMi said...

utk 3rd pregnancy bawak buku pink anak yg no2 je ea?so buku yg anak 1st dulu tak payah?saje tanya coz baru sorang jer baby...nak tambah lagi...tpi kene tggu dulu...hehe..anyway selamat semuanya...you go mummy...:) jmpotla ke blog saya..

izzah azfar said...

najwa : hopefully beutyfull sampai akhir...

izzah azfar said...

mama syahmi : zah tak bawapun buku 1st, sbb maklumat 1st ada dlm buku 2nd dah :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics