Tuesday, May 08, 2012

17 Bulan nan Indah dengan Irdina

Alhamdulillah, macam tak percaya pun ada..
Irdina sudah setahun 5 bulan.
sepanjang setahun 5 bulan Irdina adalah budak sihat!
alhamdulillah, adalah sakit selsema sikit-sikit, demam panas sikit-sikit
tapi tak teruk sampai melepek..dan yang pasti dia bukan yang jenis menyusahkan bonda :)

Cuma Irdina adalah super manja..
Super nangis..hahaha sesuai dengan perempuan
ayahnya katalah..so Irdina tahu bila dia nak sesuatu 
tak dapat..Irdina akan menangis kuat-kuat
tapi tiada air mata yang mengalir.

Dia budak yang cepat belajar,
bangga juga bila dia sangat cepat belajar sesuatu
berbanding budak-budak lain seusianya :)
Ayah dia selalu kata,
Irdina jadi bijak mcm ni sebab dia dapat susu terbaik di dunia :)
alhamdulillah..


setahun 5 bulan penyusuan zah berbeza semasa 
dengan Akmal dulu.
waktu dulu zah sudah berhenti memerah, dan kehabisan susu perahan masa
mengandung 3 bulan..
kali ini dengan Irdina, zah ada BANYAK susu perahan, alhamdulillah
dan masih menyusukan secara terus semasa bersama Irdina
Alhamdulillah - nikmat yang zah pasti bukan semua Ibu rasainya.


Irdina juga membesar bagai juara..
tapi dia takde debam sangat..cukup-cukup dengan usianya
tupun bonda dan ayah serta pengasuh dah mengeluh syukur..hehehe
kalau bab makan, pengasuh Irdina kata
Irdina akan makan...makan dan makan..
kira bagi jelah apapun dia akan makan
so dia bukan yang jenis memilih.
sejak dia setahun Irdina hanya minum 10 oz susu sehari


Tapi, bila dengan bonda...
dia suka menyusu secara terus..
jaranglah sepanjang zah preggy ni dia guna botol
kalau nak susu tu mulut mesti sampai  muncung-muncung sebut susu.

kalau jumpa buku atau pen
siap sebut lima..enam...lapan...tujuh...
dia memang bijak!
sekarang kalau ayah usik ke..
mesti dia akan sebut dengan comel 
"apa ni?"
setakat nak minum dan makan tu terror dah nak sebut
nak nasi, nak air.
kalau tanya Irdina makan apa hari ni ngan maksu
makan nasi, makan ikan, makan ayam..
sedap tak?
sedap...hehehe

sabtu lepas dia meragam...nak susu je kejenya
penat sungguh zah..kira doa boleh melekat 24 jam la..
sat-sat nak susu..
rupanya sabtu tu dia cukup 12 bulan
waktu beralih bulan so dia super extra buat perangai sikit.
hope Irdina sihat sampai bila-bila

oh ye..kalau tanya dia kakak ke adik
dia akan jawap dia kakak :)
adik mana?
dia akan tunjuk perut bonda dan kata adik ni..
sambil kiss :)




16 comments:

jaja_NorLiza said...

wah hebat irdina...dah byk boleh ckp...btul kata ayah irdina,mungkin sbb irdina dapat sus terbaik di dunia...hehhehe.. anak akak 20bln(1y8m), masih x byk perkataan yg boleh sebut..huhuuu...

intz said...

salam zah,

mmg normal kan if anak cuma consume 10-12 oz susu perahan di nursery?
anak saya bila malam mmg taknk lepas langsung..
as pc apa pandangan zah?

~farah~ said...

cutest! faris belum pandai sebuta 2 patah pkataan lagi. ok kecuali "apa bebang" = kapal terbang. haha:P

~farah~ said...

*sebut

~najwa~ said...

Anak2 yg bf mmg bijak :)

Bila baca psl Irdina,teringat Irfan dulu,cpt dan petah sgt bercakap.

izzah azfar said...

kak jaja : anak-anak kita mmg hebat :)

izzah azfar said...

intz : kena lihat faktor umur anak
jika selepas setahun, dia tidak perlu terlalu bergantung pada susu
anak perlu diajar untuk makan lebih banyak daripada menyusu,untuk tumbesaran mereka, anak-anak ini perlu makan berkhasiat...:)

izzah azfar said...

farah : maybe sebab anak perempuan, macam syeffa..hehehe diapun petahkan?

ke sebab Irdina tengok mak dia ni cakap banyak..hahaha

izzah azfar said...

dr. najwa : anak-anak ni bila cakap yang kita tak sangka akan kuar dr mulut dia :)

intz said...

thanks zah, anak saya sebaya irdina.

saya cuma dpt bekalkan dia 12 oz je susu perahan utk di nursery.
selain tu saya bekalkn nasi and lauk, biskut, cereal and fresh milk.. saya takut sungguh dia tak kenyang sepanjang berjauhan dengan saya.

paranoid ke saya ni? hihi

izzah azfar said...

intz :

pada zah awak ibu hebat..untuk kita yang dah 17 bulan menyusukan anak dan boleh bagi 12 oz tu dah cukup dah...

for me seusia ini anak-anak perlu di ajar makan,at least nanti bila waktu dia weaning tak susah nak pisah ngan botol susukan?

anak zah yg sulung tu nampak cam susah sangat nak pisah ngan botol..huhuhu tu yg zah suka juga irdina suka direct feed je :)

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

wah bestnye dpt susukan anak sampai 17 bulan. kina pun nak cuba sampai ke tahap tu dan kalau blh sampai baby kina 2 tahun. comel Irdina tue...

intz said...

thanks zah. appreciate ur reply!

umi hannan said...

izzah...nak tny...anak baru umo 9bulan...baru try pregnancy test hamil lg...masalahnya ank masih minum susu badan dan menolak langsung solid food..dia lebih banyak minum susu ibu...saya bimbang susu perahan akn berkurgn dan EBM tak mencukupi..boleh bg opinion sikit..

izzah azfar said...

umi hannan - anak selepas 6 bulan sangat PERLU untuk diperkenalkan dengan makanan..ini pengalaman zah sendiri, kalau kita tetap bergantung dengan susu ibu, memang perasaan/emosi tak stabil..sbb bila mengandung,susu akan perlahan-lahan dan mungkin cepat (bergantung pada hormon) berkurang...

cadangan zah : kalau bekerja, mmg kena ajar anak makan juga, tak suka nasi boleh bg makanan dr sumber karbohidrat lain,contoh pasta,mee, makaroni ker..buat menu2 yg sedap2 kat anak tu..

sebab kalau anak lepas setahun kita boleh perkenalkan dengan fresh milk, bawah setahun ni selain makan dia juga perlu menyusu...

izzah azfar said...

kina : alhamdulillah :)
yang penting usaha sikit dan sabar sikit je..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics