Tuesday, April 24, 2012

Saya dan Breast Feeding

ini gambar lama
gambar 16 bulan yang lalu
masa kali pertama menyusukan Irdina
Dia bijak,
tak sampai sejam keluar ke dunia
dia dah pandai menyusu dengan sempurna rasanya.

Zah katakan sempurna sebab Irdina langsung tak hadapi apa-apa masalah 
sepanjang 16 bulan menyusukan Irdina.
Syukur ya Allah.
Impian Zah,
baby adik nantipun mesti macam ni.
berbeza dengan Akmal dulu
lambat untuk memperkenalkan dia dengan bonda
lambat untuk menyusukan kali pertama
cepat perkenalkan dengn puting tiruan..
tapi kalian,
setiap anak itu berbeza.
pengalaman membesarkan anak-anak,
mengandungkan mereka,
menyusukan mereka..
semuanya berbeza.
seronok, penat semua ada..
but, husband always said.
Sabarlah...Allah tahu apa yang dia tulis untuk kita :)




Zah sudah berhenti memerah di pejabat
rindu dengan pam dan susu yang banyak-banyak tu..
hehehe...tapi zah masih menyusukan Irdina masa kami bersama
cuma zah perasan, Irdina dah kurang menyusu lama-lama
5-7 minit je sekali menyusu,
dah boleh tidur even tak mengempeng..
selalu dia tidur masa menyusu
sekarang zah tengok
Irdina just minta zah peluk dia
dan tepuk-tepuk sikit..
alhamdulillah, Allah mudahkan Zah lagi.

Bercerai susu tanpa paksaan lebih mudah sebenarnya
perlahan-lahan dan tidak drastik
emosi anak tidak terganggu.
emosi ibu tidak goyah..
kalau paksa rasanya,
sehingga hari ini Zah dan Irdina terseksa...:)

Kalian, jika diizinkan Allah
cubalah untuk menyusukan anak kita ya?
Resepi susu banyak mudah sahaja
tiada ubat ajaib
just banyakkan direct feeding
tanpa jadual
tanpa had masa 
beri bila anak nak, beri je.
kat office,
jangan culas
perahlah..
tak dapat 2 jam sekali
buat 3 jam sekali
tak dapat juga
buat 3 kali
sekali sebelum start keje
sekali waktu tengah hari
sekali sebelum balik rumah 


Salam kasih
Izzah




2 comments:

jaja_norliza said...

sebenarnya susah nk ceraikan susu ngn anak ni...penah cuba jgn bg bila x diminta...last2 akak yg offer bg dia nenen..bagai org mengantuk di sorongkan bantal la...sonok bukan main arissa..dah 19bln bila nk tdo arissa mesti mengempeng!

izzah azfar said...

kak jaja :)
tulah zah pun tak sangka
Irdina dah 2 hari tido tak mengempeng,tp dia minum jugalah..sebelum tu..

mungkin dia tahu kot zah tak larat :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics