Tuesday, April 03, 2012

Proses bercerai susu - weaning off

Mengikut dari apa yang zah baca - proses bercerai susu bermula apabila bayi mula diperkenalkan dengan solid food atau makanan pejal mereka...


Pengalaman zah sendiri, dengan akmal zah kurang perkenalkan dia dengan makanan pejal, dengan pengasuhpun sama...kira nak ajar makan tu, terpaksa bagi dia naik selera dengan beri makan vitamin appeton..dan zah banyak cuba resepi-resepi untuk akmal.


Kesannya, Akmal sehingga sekarang masih bergantung dengan susu. Susah juga nak pisahkan dia dengan botol susu tu..dah pandai menjawap bila kita kata dia kena stop susu sebab dah besar, nampak je adik menyusu automatik rasa nak menyusu Akmal ni datang..huhuhu..lama-lama tak sampai hati pula nak pisahkan dia dengan botol dan susu tu..hopefully tahun depan dia boleh stop :p



Irdina, menyusu susu ibu sepenuhnya selama 6 bulan tanpa makanan tambahan. Tapi bermula dia 6 bulan seminggu zah perkenalkan dia dengan makanan awal, dari bubur nasi zah variasikan makanan Irdina dengan sayur-sayuran berserta ikan/ayam/daging....dah selepas Irdina 8 bulan, dia menolak untuk makan bubur nasi zah tawarkan Irdina dengan makanan keluarga.

Makanan keluarga zah bermaksud, Irdina akan makan apa yang zah makan. Tapi zah tetap kawal garam dan pedas tu lah...zah banyak masak nasi yang berwarna-warni untuk Irdina, masak sup yang ada ayam dan sayur-sayur. Goreng ikan/ayam untuk dia...



Kesannya? Irdina suka makan tanpa perlu bantuan vitamin macam abang yang dia yang sulung. Dengan pengasuh zah minta juga bagi Irdina makan..kebetulan Irdina ni tak suka minum susu guna botol. Jadi sejak dia setahun keperluan susu hanya 10 ke 14 oz sehari.

Kembali kepada topik bercerai susu - pandangan zah biarlah ia tanpa paksaan dan ikut flow anak. Biar ia dimulakan secara perlahan-lahan, tidak drastik. rata-rata kawan yang mulakan proses bercerai susu ini kata, if nak bercerai susu..jangan tawarkan anak tu menyusu but bila dia minta jangan pula tak bagi...bagi dia pilihan. Contoh bagi makan kenyang-kenyang....masak sedap-sedap kat anak, boleh bagi buah-buahan...yang penting sihat dan tiada pewarna tiruan :p

anak-anak makan berselera bila bonda masak :p
so bonda kena rajin masakkan?

Bercerai susu nampak susah tapi senang bila dilakukan dengan tertib dan betul. Biar emosi anak dan ibu sama-sama menerima keadaan ini betul tak? Rasa macam tak sampai hati nak menipu anak dengan meletak benda-benda seperti lipstick dll kat dada dan kata anak tak boleh nak menyusu. Sebab pada zah itu adalah salah satu punca bagaimana anak belajar mahu menipu bila mereka dewasa kelak.

Nota Izzah : Maaf ini adalah pandangan peribadi zah semata-mata, zah menyusukan Irdina setahun 4bulan, intimnya kami berdua susah mahu digambarkan, bila dah jatuh cinta mahu bercerai itu tak mudah bukan? Ia perlu perlahan-lahan dan kedua-dua nya bersedia, zah jujur belum bersedia, dan zah pasti Irdina juga masih mahukan zah sebagai teman dalam Breast Feeding ni :)....

Entry ini ditulis bila Irdina tidak bangun menyusu langsung semalam, rasa rindu mahu menyusukan dia tengah hari ni :)..

Maaf jika ada yang terasa ya, sekali lagi zah tekankan, entry ini berdasarkan beberapa pembacaan dan pandangan zah semata-mata.

Bacaan lanjut di link yang zah sertakan di bawah

ibu ini menyusukan anaknya sedang dia hampir bersalin :)
itu pengorbanan seorang ibukan?
Kagum benar zah
kalau diberi pilihan, teringin untuk rasai nikmat Tandem Nursing
tapi zah faham, Tandem Nursing juga perlukan pengorbanan.



Salam Kasih,
Izzah


4 comments:

~najwa~ said...

alah, sedihnya bila dah nak bercerai susu kan.....mesti rindu-rinduan.

izzah azfar said...

betul dr. najwa,

entah rasa macam baru je menyusukan si kecil..

mamano'a said...

imran da merasai segala-galanya, Exclusive BF-6bln,BF while 2nd pregnancy, tanderm nursing...

berdoa muga berkat susu ibu ni imran akn sentiasa mengingati dan menjaga mama sehingga akhir hayat

izzah azfar said...

kak nora : bila baca komen akak rasa macam shahdu je...nampak sangat betapa akak berkorban untuk anak kan?

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics