Wednesday, April 04, 2012

Perjalanan penyusuan 16 Bulan dengan Irdina


 Maaf, entry kali ini mungkin banyak menjurus kepada susu ibu.
Zah mahu kongsikan perasaan zah sekarang tentang susu Irdina

Semua ibu, akan mula risau bila susu semakin berkurangkan?

Semenjak bulan Mac 2012
susu perahan zah sudah mula berkurang sedikit demi sedikit bila diperah
tapi bila Irdina menyusu zah masih lihat dia puas dan kenyang.

daripada 20 oz untuk sekali perah semasa sesi pertama setiap pagi
kini hanya sekitar 12-14 oz sahaja.

 dan pagi ini sudah berkurang kepada 10 oz sahaja


petang ni dah tinggal ini je..
dah 2 hari sebenarnya..

minggu lepas seminggu dapat bawa balik 24 oz sehari
berbeza dari 36 oz sehari seperti selalu. 


dan ini susu perahan hari ini 20 oz sahaja..

Ya Allah, saya pohon perjalanan penyusuan tidak berhenti
kerana si kecil saya masih perlukan saya dalam tumbesarannya


Ya, Irdina seperti biasa kuat menyusu semasa bersama bondanya
saya masih positif walaupun saya tahu perlahan-lahan susu akan berkurang bila tiba waktunya kelak.
InsyaAllah, setakat ini dengan melihat susu perahan di dalam deep frezer dirumah
saya tahu akan ambil masa berbulan untuk dihabiskan oleh Irdina.
saya juga sebagai ibu tak akan berhenti walau jatuh sementara..
Masih menyusukan Irdina bila diminta oleh si kecil
masih positf dan berdoa setiap kali dia menyusu susu itu mengenyangkannyanya
tak putus doa saya sebenarnya..
Sebab Irdina, 
Saya banyak belajar dan aplikasikan ilmu penyusuan
insyaAllah lagi 8 bulan berbeza pula perjalanan saya dan Irdina
truely, semalam sedih sangat hati
tapi bila pagi td sebelum ke tempat kerja Irdina menyusu
dan lihat ada sisa susu dipipinya
saya tahu Irdina dapat susu dari bonda
tak banyak tapi cukup untuk 'bonding' antara kami.

Doakan saya,

Salam Kasih,
Ibu yang penuh emosi
Izzah

* Entry ditulis petang semalam dan disambung ke pagi ini *







7 comments:

ladysara84 said...

insyaAllah..rezeki untuk anak ada selagi diizikanNya...sy doakan ye..:)

izzah azfar said...

ya tq dear :)

~najwa~ said...

yang tumpang baca pun beremosi, uhuhu...

izzah azfar said...

Dr. Najwa : huhu suami minta saya positf dan terus mencuba

Anonymous said...

.Maybe sbb zah preggy kot.- pandangan silent reader.

izzah azfar said...

silent reader :

hehehe insyaAllah, dah comfirm zah bgtau ye...buat masa ni zah just ikut flow badan.

Anonymous said...

he3, mcm betul la zah, sy jenguk2 cite zah dulu2 waktu mula2 ptegnantkan irdina

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics