Monday, April 09, 2012

Penyusuan Susu Ibu : Emosi Seorang Ibu

Alhamdulillah, sedar tak sedar Zah sudah menyusukan Irdina 16 bulan lamanya. Dari sedikit ilmu yang Zah belajar, perlahan-lahan Zah dapat aplikasikan ilmu-ilmu tersebut semasa menyusukan Irdina.

Pada Zah semua moment indah ini dari saat pertama kali menyusukannya sehinggala ke hari ini adalah sesuatu perasaan emosi yang susah mahu digambarkan dengan kata-kata..Emosi sepanjang penyusuan kena dijaga bagi mengelakkan kita gagal ditengah jalan.

Nurul Aqilah Irdina @ 25 Days yang gembira menyusu susu bonda

Emosi bermula apabila saat pertama kali menyusukan, Zah yang pernah gagal menyusukan kali pertama anak sulung sangat takut perkara itu berulang dengan anak kedua. Namun, berkat ilmu dan sokongan kawan-kawan : Satu impian itu menjadi kenyataan akhirnya, Alhamdulillah - berjaya menyusukan Irdina tak sampai sejam selepas dia dilahirkan.



masa ni ada cerita, Irdina nampak tak selasa semasa menyusu sebelah kanan, rupanya ada serangga di celah-celah telinganya yang menggigit sehingga kuar darah...kalut juga zah sebab Irdina bukan bayi yang cerewet...nasib baik, lepas belek satu badan tukar baju nampak benda tu..kalau tak jenuh gak zah masa ni


Emosi semakin terasa apabila Irdina terkena Jaundice : satu perkara biasa bagi bayi baru lahir, sedang Irdina menyusu kerap, kencingnya ok, malah Meconium yakni najisnya sudah bertukar ke warna yang kekuningan dan bukan berwarna hitam lagi. Irdina hampir masuk wad, rasanya kalau bukan sebab saya dan suami tidak mahukan rawatan bawah lampu, hanya percaya pada susu ibu yang sangat-sangat berkhasiat makanya saya dan suami berulang alik hampir 2 minggu setiap hari untuk pemeriksaan darahnya. Pemeriksaan Jaundice Irdina berakhir ketika dia berusia sebulan. Tiada rahsia yang Zah gunakan sepanjang memastikan Jaundice Irdina ini berkurang setiap hari, pastikan Irdina menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau lebih singkat. Tiada makanan / minuman alternatif lain. Pada Zah, kalau zah dan suami tiada cukup ilmu mengatasi minggu-minggu awal ini, sudah pasti ada bahan-bahan lain yang bakal menjadi penawar Jaundice. Alhamdulillah, Irdina sihat sampai sekarang.

Abang Long yang kata ok je bonda :) - ni masa dia baru dapat adik ni gambar lama dah


Emosi diteruskan semasa berpantang dengan dua orang anak, yang mana abang juga mahukan perhatian apabila melihat adiknya asyik berkepit dengan bondanya yang selama ini hanya milik abang long seorang. Sehinggakan ada pada satu masa Akmal tidur di kaki bonda. Teringat semasa dia demam ketika Zah dalam pantang, Akmal dengan redha beralah dengan adiknya. Adik yang lebih suka tidur didada bonda. Memang sungguh Zah beremosi ketika itu. Namun, nawaitu untuk menyusukan Irdina tetap diteruskan :)...perlahan-lahan, ada waktu zah tetap manjakan abang yang sulung. Supaya dia tidak rasa diketepikan.

Memerah semasa berkursus.


Emosi semasa kembali bekerja juga satu benda yang perlu ditangani dengan betul. Emosi  yang tidak betul seperti stress akan menggangu konsentrasi jika mahu meneruskan penyusuan...Tambah pula jika keadaan tempat kerja yang tidak menyokong. Macam Zah, dari anak pertama zah amat jarang bercuti tanpa sebab. Maybe bos nampak yang anak Zah jarang sakit, so masa memerah 6 bulan pertama tu biarpun Zah buat 2 jam sekali, tak pernah lagi bos tegur...Zah juga mengambil keputusan untuk memerah dimeja tanpa ganggu waktu kerja. Jadi masa dengan Irdina, Zah masih teruskan rutin itu. Alhamdulillah kedua-duanya bertahan setahun lebih. Akmal Setahun 15 bulan, dan Irdina sehingga hari ini.

Zah suka tengok mata Irdina semasa menyusu..Love this moment..

Sekarang, emosi zah bercampur baur semasa menyusukan Irdina. Nanti bila ada kesempatan zah akan kongsikan kenapa emosi zah agak tidak stabil. Macam-macam dalam fikiran. Namun hanya satu, Zah mohon pada Allah biarlah ia dipermudahkan. lagi sebulan lebih umur Irdina mencecah Setahun 6 bulan, satu pencapaian yang sangat-sangat zah syukuri. Pada Zah, bukan stok EBM yang beratus-ratus dalam deep frezer yang zah banggakan tapi dengan sedikit impian untuk melihat anak-anak menyusukan susu ibu secara terus..Kini sudah menjadi kenyataan.

Untuk Irdina bekalannya sehingga 8 bulan dari sekarang..Alhamdulillah Allah

Kalian, emosi seorang ibu perlu dijaga. Ibu ada banyak peranan dalam kehidupannya. Tambahan pula apabila ibu itu bekerja. Ada pekerjaan yang senang dan ada pekerjaan yang perlukan seorang ibu bekorban. Tapi, peganglah satu KEPERCAYAAN...mungkin balasan itu kita tak nampak sekarang tapi InsyaAllah satu hari nanti.Allah akan berikannya..bersabar dan bertabahlah wahai semua ibu-ibu didunia.

Salam Kasih,
Izzah.

3 comments:

~najwa~ said...

love your last paragraph ;) emosi juga ;)

Anonymous said...

oh,alhmdulillah zah dh pregnant! -silent blog reader.

armouris said...

terjumpa e-book percuma ni, tentang menyusu dalam bahasa Melayu … sharing is caring :) - Buku Menyusu Dengan Yakin

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics